Wednesday, May 2, 2018

Snow Ice sedap di Hanbing First Subang


Assalamualaikum

Ini kali kedua kami makan bingsu di Hanbing SS15 Courtyard Subang sebab bingsu nya memang sedap. Kali pertama dulu kami try makan main dishes dan bingsu Blueberry Cheese di entri ini. Kali ini pula kami cuba Strawberry dan Mango, ingat nak cuba yang limited edition bingsu Flamingo tapi dah habis pula. Memang ramai orang kat hanbing dan kebanyakan yang datang memang makan bingsu saja.




Strawberry Snow Ice (Rm28)



Memang sedap perisa strawberry ni, rasa buah segar dan masam masam sedap. Tak manis sangat pun dan menyegarkan saja kalau makan. Snow ice ni berbeza dengan ais kisar biasa sebab ais nya sangat halus dan lambat cair.




Mango Snow Ice (Rm26)



Kami pilih Mango sebab nak bagi balance rasa manis lepas makan strawberry yang masam tu. Mango dia manis dan serius besar. Portion snow ice sini jenis saiz medium taklah besar sangat dan tak kecik sangat. 




Bagi aku paling sedap adalah Strawberry sebab aku prefer benda masam. Oh ya kalau korang nak cuba snow ice yang sedap dan murah boleh pergi cuba di Lily Ice Kacang Bukit Bendera Penang. Memang sedap, murah dan berbaloi, boleh baca dalam entri ini.
Thanks for reading. Have a nice day 

Thursday, April 5, 2018

Bubur Butir Nangka Tepung Pulut Hitam


Assalamualaikum

Minggu lepas tolong mak buat Bubur Biji Nangka menggunakan tepung pulut hitam untuk juadah buka puasa. Dah lama tak makan bubur butir nangka ni, last makan waktu sekolah rendah dulu, ada jiran dari Kelantan ni selalu buat Bubur Butir Nangka dan bagi kat jiran jiran. Yang menariknya jiran ni menggunakan tepung pulut yang berwarna warni, memang syoklah makan time budak budak dulu. Biasanya orang buat Bubur Butir Nangka memang menggunakan tepung pulut, tapi kami saja mencuba untuk menggunakan tepung pulut hitam, first time tau aku tahu rupanya ada tepung pulut hitam dijual. 

Selain dipanggil bubur butir nangka, ia juga dipanggil sebagai Bubur Candil Tepung Pulut Hitam. Senang saja nak buat Butir Nangka ni macam kau buat Buah Melaka cuma tak isi gula melaka kat dalam tu saja sebab buah melaka pon guna tepung pulut juga. Biasanya orang lain kalau guna tepung pulut hitam, mereka lebih suka campur bersama tepung pulut dan gandum sekali sebab tepung pulut hitam ini rasanya macam tawar dan teksturnya yang kasar serta keras sikit. Tapi kami memang 100 peratus guna tepung pulut hitam saja. Bubur Butir Nangka ni memang kena buat kuah manis sikit sebab sedap dimakan bersama butir nangka yang tawar tu.


ini kalau versi guna gula melaka. credit gambar dari Kak Yati


Bahan Bahan 

Bahan Butir Nangka
1 paket tepung pulut hitam (200g)
1 cawan air

BahanKuah Santan
1 kotak santan
1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh halba
1 senduk gula putih / gula merah
daun pandan




Cara Cara

1) Dalam satu bekas, masukkan tepung pulut hitam dan masukkan air sedikit demi sedikit. Uli doh sehingga boleh dibentuk menjadi bujur.

2) Sementara tengah gentel tu bolehlah panaskan air dalam periuk untuk didihkan butir nanti.

3) Gentel doh menjadi bulat bulat bujur, tak besar dan kecik sangat sebab nanti saiznya akan mengembang sedikit selepas didih dalam air panas nanti.

4) Bila air dalam periuk dah mendidih, bolehla masukkan butir nangka tadi untuk direbus. Bila butir nangka dah terapung bermakna dah boleh angkat dan sejat.

5) Dalam satu periuk lain, masukkan 1 kotak santan, 1/2 cawan air, daun pandan, garam, gula, dan halba, masak atas api. Kalau nak guna gula merah/melaka pon boleh lagi sedap berlemak.

6) Kalau rasa kuah agak cair, boleh bancuh 1 sudu tepung beras bersama air dalam bekas lain. Kemudian satukan dengan kuah tadi untuk bagi kuah lebih pekat sikit. Tapi kalau kuah dah memang pekat tak perlulah tambah tepung beras. Kemudian masukkan butir nangka tadi dalam kuah, gaul sentiasa supaya santan tak pecah sehingga mendidih.


Ini yang kami buat guna gula putih saja tapi terlebih kuah la pulak.

Bagi aku Bubur Butir Nangka ni macam makan bubur chacha cuma versi biji nangka saja. Kesedapannya bergantung kepada kuah yang kita masak, kalau sedap kuah, sedaplah makannya. Kalau nak lagi sedap bagi aku better adunan biji nangka tu dicampur sekali bersama tepung gandum dan pulut supaya lebih lembut. Biji halba memang kena letak supaya lebih rasa lemak kuahnya.



Thanks for reading. Pen Off :)