Wednesday, April 3, 2013

keletah manusia

Assalamualaikum 

Seperti yang kita tahu, semua orang tak sempurna kejadiannya.. even kalau orang tu secantik sampai kita tengok boleh mengalir air mata pun, mesti ada kekurangan jugak misalnya bulu kaki selebat mawas ke.. dan semua yang kita ada ni mestilah bersyukur kerana semua pinjaman semata mata dan milikNya.. 

Disebabkan semua orang tak perfect, tak payahla nak mengejek ngejek tentang kekurangan seseorang tu sedangkan si tukang mengejek nya terang terang jelas nampak kekurangan dia.. 

Nak dijadikan cerita adalah seseorang ni entahla apa entah yang dia tak puas hati dengan aq.. kalau jumpa dengan aq, mesti dia akan jadikan kekurangan aq sebagai bahan berbual dengan kawan kawan.. aq kurang sukalah kalau aq dijadikan bahan cerita.. 

Kalau masa mula mula dulu, tak kisah sangat mungkin time tu aq fikir dia cuma nak bergurau gurau .. tapi bila aq just senyap dan senyum, makin menjadi jadi pulak gurauannya.. lepas tu boleh pulak panggil member member aq yang lain, bertambah tambah cerita pasal kekurangan aq.. speechless aq.. 
Nak marah member nanti mulalah tarik muka.. lepas tu aq mula jauhkan diri dari terserempak dengan dia,, tapi makin lama makin aq jauh,makin kerap pulak nampak batang hidung dia dan dia makin sukalah ejek ejek aq.. 

Sampailah satu ketika itu, dia baru nak start bahan nak kenakan aq.. aq pon terus potong ayat dia dan terus aq sebut kekurangan dia kuat kuat.. tersenyap dia, then lepas tu bila aq jumpa dia, automatic aq akan panggil dia “hai …………...” terus dia tarik muka.. 

Ha!! Baru kau tahu macam tulah perasaannya bila kita diejek dengan benda yang kita tak suka.. tolonglah jadi mature sebab awak tu lagi tua dari saya.. sebenarnya aq pon bukan suka nak ejek ejek orang sebab aq tahu aq pon tak perfect so buat apa nak ejek orang lain… tolonglah amalan ejek mengejek tu time sekolah rendah saja, zaman uni tak main dah..
ok thanks for read.. petang ni saya dah start mid sem break

7 comments:

UniMeOw said...

it's ok kalau dia nak gurau ngan kekurangan kita,dgn syarat dia xleh sentap bila org gurau balik. :p

btol la,ni bukan sekolah rendah nak ejek2 org..sabor je la...grrrr

Rizal Slaughterheart said...

Hmmm... biasalah... kalau bahan org mmg suka, bila sendiri kena bahan, tak leh terima hakikat pulak... sabar je la.

CIK FAFA said...

adat. org mudah nampak kekurangan kita, tapi xnampak kekurangan diri sendiri. heh. saba je la. blaja dr sikap dia, so that kita tak jadi mcm dia ye dear :)

Aida Ismail said...

Pernah je kena macam ni. Dengan kawan baik sendiri pulak tu. Sentap sebab selama bertahun2 kawan, tak pernah saya ejek @ cakap pasal kekurangan dia. Tapi dia...kalau boleh kat semua orang dia nak bagitau.

EH - Ekslamasi Holistik said...

Ragam kehidupan...

Penjejak Mimpi said...

salam ziarah...

memang ada manusia yang macam tu. bila ngata kat orang.. perghh!! sedap jek mulut tu.. lancar jek mulut tu kata kat orang.. tapi bila orang kata kat dia.. pandai lak nak sentap!

orang macam tu jangan di layan, dik. wat bodo je.. letih dia nanti senyap la tu...

rihan bidin said...

sbr je laa.. dh bsr pn prngai cm bdk kcik je.. kalo bdk kcik xpe lg.. tau plak nk snyp ble dh t'kne..