Tuesday, January 28, 2014

Blogwalking Tips II

Assalamualaikum

erm dah lama rasanya tak berkongsi tip.. since tengah cuti sem ni,selalu jugalah aq blogwalking ke blog orang lain.. dan tiba tiba terdetik nak buat blogwalking tips part 2.. sebenarnya dah lama nak buat sambungan tapi kekangan masa.. 

kalau nak baca blogwalking tips pt 1 yang aq post tahun 2012, klik di sini.. alhamdulillah lah sebab entri pasal blogwalking tips pt 1 menjadi salah satu popular post dan diikuti ramai..

1) Shoutbox/ Chatbox

bagi aq, shoutbox sangat penting dan perlu diletakkan obviously supaya reader nampak.. bukan apa, sebab tak semua readers suka komen di entri.. banyak sebab readers tak berapa suka komen dientri antaranya disebabkan tak semua orang setting kan comment dia pop up window dan disable word verification..

pop up window tu maksudnya kalau reader tekan button post a comment, akan ada satu window comment akan keluar.. so sangat cepat dan tak perlu tunggu loading.. better set up kan no for word verification sebab menyerabutkan saja nak kena taip nombor la apala.. just tekan setting dan tekan bahagian post and comment. then, set up kan seperti di bawah..


2) Iklan

yes, boleh katakan semua blogger daftar akaun dengan nuffnang dan churpchurp kan.. dan semua orang tahu yang tempat utama iklan ialah diatas sebelum header, atas sekali bahagian sidebar, dan diantara post ... biasanya memang letak 3 iklan la kan.
.
tapi kalau ada yang letak lebih,biasanya mesti akan letak terapung di blog kan.. memang bagus letak disitu sebab keberangkalian readers tertekan iklan tinggi, tapi kadang kadang mengganggu  juga reader nak baca maklumat yang ada di sidebar yang dihalang oleh iklan terapung.. 

so saya suggestkan letak button close di iklan so reader boleh tutup iklan sekejap.. ataupun setting blog layout supaya jadi 3 column not 2 column,, maksudnya kalau nak letak iklan terapung sebelah kanan, so sidebar boleh letak belah kiri atau sebaliknya... so tak adalah mengganggu sebab kadang kadang aq nak follow blog orang pon susah sebab terganggu dengan iklan.. 

contoh iklan terapung

  3) Bloglist

honestly, aq blogwalking pon daripada blog orang ke blog yang lain melalui bloglist yang ada diblog.. sebab tu aq rasa penting sangat letak bloglist orang lain dalam blog kita.. tak payahlah nak jadi kedekut sangat kan, mungkin disebabkab kita letak blog link orang lain, orang lain juga akan letak blog link kita.. mana tahu.. kalau boleh janganlah letak bloglist blogger yang dah memang famous.. just letak yang kita rasa menarik untuk dikongsi bersama...

satu lagi bloglist mestilah ada nama blog, latest entri dan tempoh masa entri.. tempoh masa penting supaya kita dapat blogwalking ke blog yang memang sentiasa update.. tak adalah sampai setahun sekali baru nak update..

contoh bloglist

4) Personal

erm kalau boleh janganlah terlalu cerita pasal peribadi sangat sebab kadang kadang terlalu banyak cerita pasal gf/bf boleh buat reader menyampah.. boleh nak buat, tapi kena settingkan privatelah blog.. tapi kalau pasal perhubungan yang halal tak apalah baca sebab dah halal.. 

bukan apa kalau kita cerita pasal gf/bf kita di umum, secara tidak langsung boleh menggalakkan readers buat benda yang sama sedangkan perhubungan tu tak halal lagi.. satu lagi kalau kita terkomen contohnya "so sweet couple ni" seolah olah kita menggalakkan lagi perhubungan yang belum halal ni.. dosa dah situ

5) Attitude

seriously, aq hanya follow blog orang yang aq rasa dia menutup aurat dan jaga perilaku.. bukan apa kita tak naklah sekali menanggung dosa seolah olah kita menggalakkan lagi orang tu tak menutup aurat.. kita kena ingat dosa kita banyak berjalan terutamanya melalui perkara yang kita tak pernah sangka.. so better hati hati..

aq dulu pon follow saja mana mana blog tak kira tutup atau buka aurat.. tapi sekarang ni bila dah besar, barulah tahu yang mana betul yang mana salah.. so sama samalah kita memperbaiki diri...

6) Widget

sejak sejak ni aq perasan ramai yang suka letak widget daun/bunga/salji yang terapung berguguran di sidebar blog.. memang cantik tapi kadang kadang boleh mengganggu widget follower.. ini disebabkan bila kita nak tekan follow tiba tiba muncul satu tab lain iaitu widget website.. so tak dapatlah nak follow.. jawapannya memang kena pangkah la blog tu.. 

contoh

7) Tulisan

lepas dah apply semua benda yang aq kongsikan ini, janganlah pula lupa cara penulisan kita.. sebab blog ini lebih dikenali dengan isi penulisan.. kalau nak tulis dalam english, lagi bagus.. tapi kalau tak berapa nak yakin better bahasa ibunda kita.. satu lagi kalau nak menulis jangan lah guna terlalu banyak shortform.. 

sebab shortform ni boleh menghilangkan feel kalau nak baca entri.. tulislah betul betul jangan risau sebab blogspot ni tak ada limited huruf pon macam twitter atau sms.. kalau nak tulis dalam longat masing masing boleh tapi kena pastikan disertakan sekali dengan terjemahan.. aq kadang kadang suka baca longat negeri orang sebab aq tak ada longat..tapi kena ada translator la.. 

satu sebab penting kenapa kena tulis tanpa shortform ialah contohnya kalau ada foreigner reader nak baca blog kita, so blog akan translatekan bahasa ke bahasa yang foreigner tu pilih.. so kalau kita buat shortform word, macam mana blog nak translatekan.. ye dak..??? 

translator di atas

kalau nak set up kan, just tekan setting, tekan bahagian language and formatting.. then, adjust macam gambar dibawah..

contoh

blog aq pon masih lagi ada kekurangan.. itulah sebab penting nya blogwalking supaya kita tahu mana yang baik dan buruk dan masing masing boleh memperbaiki blog disamping bertukar tukar maklumat.. kadang kadang benda yang remeh ni la kita kena alert..

aq dulupon masa mula mula buat blog, boleh katakan semua jenis widget aq nak letak dalam blog sampaikan blog aq jadi berat gila nak loading.. so just letak apa yang penting saja..
ok kalau ada penambahan, jomlah kongsi bersama di komen,,, ^_^

No comments: