Wednesday, January 29, 2014

Murtabak Maggi

Assalamualaikum

niat di hati sebenarnya semalam nak makan maggi sebab lapar.. tapi bila fikir balik, better buat murtabak maggi sebab dalam masa yang sama teringin nak makan murtabak.. so trylah buat guna bahan bahan yang ada saja dirumah..




bahan bahannya hanyalah 1 bungkus maggi kari, bawang, 2 biji telur, cili, sayur campur dan daging burger.. tapi aq terlupa nak letak bawang.. actually bahan bahan bergantung pada korang.. boleh letak udang/ayam.. kalau nak guna 2 bungkus maggi kena guna 4 biji telur..



1) rebus maggi tanpa perencah sampai kembang.. toskan dan masukkan dalam bekas.. masukkan sayur campur..

2) then, masukkan hirisan kecil daging burger.. kalau nak letak udang/ayam pastikan goreng terlebih dahulu..

3) masukkan rempah maggi kari

4) masukkan 1 batang cili api.. hiris kecil kecil.. ikut kepedasan masing masing

5) next, masukkan 2 biji telur

6) lastly, gaul kesemua bahan sehingga sebati..


lepas dah gaul, dalam masa yang sama kena panaskan  minyak.. aq guna magic pan sebab malas nak selalu alih alih.. tapi boleh saja kalau gunakan frying pan / kuali.. 



masa nak letak tu, better susun supaya acuan berbentuk petak.. nampak lah sikit macam murtabak betul.. pastikan bila lapisan bawah dah garing, baru boleh alih.. sebab takut hancur..


sebenarnya 1 bungkus maggi pon dah kenyang sebab maggi tu memang kembang.. better guna maggi kari sebab dapatlah rasa betul betul murtabak..
ok selamat mencuba

No comments: