Sunday, March 30, 2014

Puding Karamel Tanpa Telur

Assalamualaikum


sekarang ni UTM dah start mid sem break padahal uni lain sume start dalam nest week.. susahla kalau tak sama, tak boleh nak keluar dengan kawan kawan.. since dah start cuti, memang excited nak balik rumah sebab macam macam resepi nak cuba..


haritu kawan buat puding karamel kukus, so nak cuba try tanpa kukus dan tanpa telur.. so dapatlah mengurangkan kolesterol sedikit.. sebelum balik rumah, dah siap siap beli barang dekat skudai sebab balik rumah boleh terus buat.. malas nak keluar dah..




bahan untuk puding : 

3 sudu besar tepung jagung, 2 sudu besar tepung kastard, 1 tin susu cair, 1/2 tin susu pekat, 15g serbuk jeli/10g serbuk agar-agar, dan 3 1/2 cawan air..


bahan untuk karamel:

2 senduk gula pasir, 1/4 cawan air




1) masukkan 2 senduk gula pasir dalam kuali.. masak guna api perlahan

2) tunggu sampai gula cair keperang perangan.. kacau sentiasa..

3) lepas gula semua dah sebati hancur, masukkan 1/4 cawan air perlahan lahan.. takut percik.. kacau sehingga gula tak berketul

4) sejukkan dan letakkan karamel dalam bekas acuan yang ingin diisi

5) dalam masa yang sama,masukkan dulu 3 sb tepung jagung, 2 sb tepung kastard dan 1/2 cawan air..kacau sehingga sebati atas api perlahan.. lepas dah sebati masukkan 1 tin susu cair, 1/2 tin susu pekat, 15g serbuk jeli dan 3 cawan air...kacau sehingga acuan agak pekat dan mendidih...

6) lepas dah mendidih dan pekat, sejukkan dan tuangkan ke aras karamel yang diletakkan dalam bekas tadi.. biarkan sejuk dulu kemudian masukkan dalam fridge.. 

dah siap.. sebenarnya tak berapa cantik sangat tau teksturnya sebab tepung kastard kacau tak hancur sangat.. sebab tu kena kacau dulu kastard dan jagung sebelum campur dengan bahan lain.. tapi oklah..






sebenarnya silap beli.. sepatutnya nak beli serbuk agar agar, tapi terbeli serbuk jeli.. ingatnya sama saja rupanya berlainan dari segi tekstur puding.. first try tak jadi sebab puding tak keras langsung, lepas diubahsuai semula baru jadi lepas tambah lagi serbuk jeli..

selamat mencuba.. penting tau acuan mendidih betul betul supaya jeli/agar agar dapat mengeras dengan sempurna.. sebab dah terjadi dekat aq..

No comments: