Friday, March 28, 2014

Sindiket Peminta Derma

Assalamualaikum


Hari tu lepas habis kelas, kami terus nak balik .. memang kebiasaan kami akan ikut pintu belakang sebab nak beli makan dulu.. time nak turun tangga tu tiba tiba kami nampak macam ramai ramai kat pintu keluar.. tiba tiba kami dilambai dengan sesorang yang kami tak kenali.. rupa rupanya ada orang minta derma..


Hairan juga kami sebab sejak bila UTM benarkan orang luar masuk dan minta derma informal.. kami tiba tiba dikerumuni oleh beberapa orang gadis dan memberi kami brochure meminta sumbangan untuk tabung menyelamatkan kanak kanak yang didera..


Sampai sampai depan kami terus suruh kami tulis nama dan derma.. memang macam tak nak lepaskan kami pergi.. seolah olah memaksa,. Time tu kami dah agak dah mesti sindiket penipuan minta derma.. antara sebab aq rasa penipuan adalah:


1) Attitude : 

mana ada orang minta derma dengan cara seolah olah memaksa. Satu lagi datang minta derma tapi tak beri salam dulu. Kemudian gadis gadis yang minta derma tu semuanya muka bermekap tebal seolah olah tak nak mudah dicam.


2) Personality : 

selama ni, aq tak pernah jumpa orang minta derma tak menutup aurat. Dahlah yang datang minta derma tu semuanya free hair, baju pula sendat sendat. Padahal semuanya orang islam, nak minta derma konon padahal pakaian tak cukup kain. Baik bagi derma tudung dan baju kurung.


3) Komunikasi : 

gadis gadis ni dorang tak banyak cakap sangat pon sebab dorang tak tahu nak explain apa, yelah sebab memang menipu nak explain apanya. Dorang just tunjuk kan dan sebut lah sikit sikit tapi tak jelas sangat. Mungkin nak sorok suara takut dicam.


4) Aim area : 

yang membuatkan aq yakin adalah sebab dorang ni minta derma masuk fakulti kami ikut pintu belakang. Tak berani pula dorang ikut depan, minta izin baik baik dekat staf pejabat itupon kalau betul. Memang sah sah menipu kalau tak berani jumpa.


5) Wallet : 

first time aq jumpa orang yang minta derma ni dengan selambanya masukkan duit yang diderma ke dalam dompet sendiri. Dompet pula memang bling bling mewah betul. Tak Nampak macam peminta derma. Selama ni aq jumpa yang sediakan kotak dan tabung saja




"sekiranya kita tidak yakin sama ada peminta derma atau sedekah itu benar atau penipu, maka harus kita beri kepadanya. Sekiranya dia sebenarnya memang berhajat, maka kita dapat pahala sedekah dan sekiranya memang dia seorang penipu, maka kita dapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala kena tipu."


Entahlah, nilah first time aq berhadapan dengan penipuan minta derma ni, dahlah penipuan terang terang. Kalau nak menipu minta derma pon, pakailah sopan sopan, sediakan tabung/ kotak, barulah orang mudah percaya.


Ada juga orang orang yang menderma mungkin sebab serabut dikerumuni oleh gadis gadis tu. Memang bengong sangat sangat dorang ni,. Tapi aq rasa macam bukan melayu sebab muka macam banyak ke tanah seberang. Yelah dorang pon tak banyak cakap sebab takut keluar bahasa dorang la tu..


Tolong lah jangan buat macam ni untuk minta derma. Takut pula nak derma lagi. Seolah perkataan meminta derma tu disalah ertikan untuk tujuan yang tidak elok. malu tahu kalau orang bukan islam pandang islam macam mana, mesti dorang fikir agama kita ajar macam ni, menipu untuk minta derma,

ok.. harap lepas ni lebih berhati hati dengan golongan macam ni

No comments: