Sunday, April 6, 2014

Air Batu Campur Special

Assalamualaikum

Haritu kan ada buat Puding Biskut kat entri ini, so adalah lebih jagung.. so puas terfikir nak buat apa lagi dengan bahan lebih.. mula mula ingat nak buat apam balek, tapi malas so decide nak buat ABC sebab teringin nak makan ABC time panas panas ni.. bahan bahannya semua dah sedia ada dirumah.. aiskrim pon lebih daripada Aiskrim Whipping Cream yang buat dulu di entri ini..






bahan bahannya:

3 sudu besar susu cair, 4 sudu besar gula sirap, 2 gelas air batu, 4 sudu besar jagung, 2 sudu besar kacang, 2 sudu besar kismis, 2 sudu besar ais krim..



1) mula mula blend air batu sampai hancur.. tak ada mesin abc pon, just blender biasa

2) letakkan susu cair

3) tarukkan gula sirap ( just bancuh sirap dengan air gula)

4) bubuh jagung

5) isikan kacang yang diblend kasar

6) then, letakkan kismis


akhir sekali,letakkan aiskrim diatasnya dan curahkan sedikit gula sirap diatas aiskrim.. dah siap





senang dan cepat saja.. bahan bahan terpulang pada anda, kalau lagi banyak, lagi sedap.. hanya mampu buat 1 cawan saja sebab air batu tak ada sangat di rumah,, kalau tak ada gula sirap,boleh letak susu pekat..

ok selamat mencuba thanks for read

No comments: