Wednesday, April 9, 2014

Homemade Pizza

Assalamualaikum

Haritu time cuti sem kami buat Pizza, sanggup pinjam oven akak semata mata nak buat Pizza dan Roti Boy.. 




Bahan bahan Doh:

350g tepung gandum, 1 sudu besar Oregano, 1 sudu kecil garam, 100g marjerin, 1/2 paket yeast (yg dah direndam dengan separuh gelas air suam + 1 sudu kecil gula)


Bahan Bahan Topping:

1 biji lada benggala, 1 tin mushroom, 3 batang sosej cheese, 3 keping ayam dinding, lada hitam dan putih, 5 8 keping cheesedale, sos prego, 1 keping daging kisar




1) rendam 1/2 paket yeast dengan 1/2 gelas air suam + 1 sudu kecil gula selama 15 min sehingga yeast berbuih banyak dan berbau sedikit

2) goreng daging kisar dahulu, lepas tu gaulkan daging kisar bersama sos prego

3) hiris sosej cheese + ayam dinding + mushroom + lada benggala nipis nipis

4) parut cheese nipis nipis,, sebenarnya lagi senang kalau guna keju parut

5) untuk doh masukkan 350g tepung gandum + 1 sudu besar oregano + 1 sudu kecil garam + 100g marjerin.. gaul sehingga doh menjadi seperti serbuk roti

6) dah gaul, lubangkan acuan di tengah tengah.. dan masukkan yeast yang direndam tadi.. uli sehingga doh tidak melekat di tangan.. pastikan tangan disapu dengan tepung gandum untuk mengelakkan doh melekat di tangan

7) jika doh terlalu cair, boleh tambah tepung.. perapkan doh, tutup bekas doh dengan kain lembap supaya doh cepat berkembang 2x dari saiz sebenar

8) doh dah kembang selepas beberapa minit...

9) dah kembang, bahagikan doh kepada 3 bahagian.. untuk proses topping seterusnya.





A) uli doh sehingga muat untuk bekas anda..

B) masukkan dalam bekas, cucuk doh dengan garfu di setiap permukaan pizza supaya angin keluar.. dan bakarkan doh sekejap pada suhu 200 C selama 5 min..

C) beginilah rupa doh selepas dibakar sekejap

D) sesudah itu,boleh sapukan sos prego diatasnya

E) susun sosej, ayam dinding dan mushroom di atas prego

F) taburkan cheese di atas sosej

G) taburkan lada benggala di atas cheese

H) selepas itu, masukkan pizza dalam oven dan bakar pada suhu 200 C selama 10 min, api atas bawah..

I) beginilah rupa pizza yang dah masak selepas 10 min.. boleh dipotong







siap.. bolehlah katakan senang.. yang rumitnya cuma masa nak uli doh saja.. bahan bahan atas pizza terpulang pada anda,, lagi banyak lagi sedap,sebenarnya nak letak nanas, tapi nanas tak ada pula jual di tempat kami.. untuk 350g tepung gandum dapatlah sebanyak 3 keping pizza saiz sederhana..
ok thanks for read selamat mencuba

2 comments:

Mommy Suci said...

Jom visit & follow blog saye di http://mommysuci.blogspot.com

Mommy Suci said...

Jom visit & follow blog saye di http://mommysuci.blogspot.com