Tuesday, April 8, 2014

Peraturan vs Syariat

Assalamualaikum


Sekolah menengah dulu aq sekolah di sekolah agama. Seperti yang kita tahu, sekolah agama memang mewajibkan pelajarnya memakai tudung labuh. So memang kami ikut disebabkan peraturan. Bagi pelajar yang duduk asrama, lagilah rasa ketat sangat disiplin sampaikan kena pakai tudung labuh pergi mana mana. Nak nak pula kami setiap hari ada perhimpunan, so setiap kali perhimpunan memang pengawas akan check pelajar yang langgar disiplin seperti kuku panjang, pakai inai, pakai scarf hitam, pakai stoking pendek, pakai tudung singkat, tak pakai kain dalam dan tak pakai singlet.



Sebenarnya kat sini aq nak sentuh pasal peraturan terutamanya dari segi aurat. Kami memang digalakkan pakai tudung labuh, berstokin, berarm guard semua tapi kami tak faham kenapa kena tutup semua. Tahu dan faham adalah 2 perkara yang berbeza. Tahu, kita cuma "tahu kena tutup aurat sebab peraturan sekolah”. Tapi pernah tak berfikir kenapa sekolah buat peraturan supaya pelajarnya tutup aurat? Mesti ada sebab kan. Tulah pengertian faham dimana kita tanya diri kita pula kenapa peraturan sekolah macam tu. same goes to syariat Islam yang mewajibkan umatnya menutup aurat. 



Sebenarnya bagus duduk asrama ni sebab boleh jadikan kita lebih berdikari terutamanya anak bongsu macam aq ni. Cuba bayangkan aq tak pernah pandai basuh baju, iron baju, nila baju sampailah masuk asrama. Bila aq masuk uni, aq rasa macam bebas sikit sebab kita bebas nak buat apa saja, tak ada orang nak ambil tahu hal kita. Bilik pon kongsi 2 orang. 


Dapat UTM KL lagilah best, setiap minggu keluar. Tak praktikkan langsung apa yang diamalkan di sekolah menengah. Sebab tu ada orang cakap “budak sekolah agama ni lagi berdosa jika tak amalkan sesuatu benda yang dia dah tahu” berbanding dengan “budak sekolah biasa yang tak tahu, sebab tu dia tak amalkan”. Sama juga seperti pepatah “ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah”.



Bila kami pindah JB, baru pandangan aq lebih terbuka sebab UTM JB lebih besar, berpuluh puluh kali ganda besar dari KL. Dari situ, aq mula fikir kalau kat KL aq dah rasa macam bebas, kat JB lagila. Start dari situ, aq rasa aq nak balik ke sekolah menengah sebab baru rasa pentingnya peraturan yang dibuat oleh sekolah dulu. Time nilah aq baru belajar pakai stoking, pakai arm guard, tak pakai tudung dan pakaian jarang dan ketat. Padahal selama time sekolah aq pakai benda tu macam biasa saja, tak rasa apa apa. Tapi baru di uni, aq faham dan pakai dengan niat betul bukan sebab peraturan dah. Seolah olah aq mencari balik diri aq yang hilang sebelum ini.



Entahlah sebab aq ni jenis suka ambil gambar, sebab aq suka abadikan saat saat indah dengan bergambar dan blogging. Sebab aq tak nak memori tu hilang macam tu saja. Dan bila aq bosan aq boleh belek semula gambar gambar lama dulu, tapi tiba tiba pula timbul rasa malu bila tengok gambar lama lama dulu. Rasa macam diri ini jahil sangat dan tak ada sifat malu langsung. Sekarang baru terhegeh hegeh nak beli stoking, arm guard bagai. Arm guard dan stoking dulu tah mana tah hilang. 



Satu lagi, dulu aq selalu curi curi solat dalam bilik. Kalau ikut syariat memang tak salah, tapi kalau ikut peraturan salah. Yelah cuba kita fikir balik ada sebab kenapa peraturan tak benarkan kita solat dalam bilik, mungkin sebab bilik itu dikhuatiri kotor dan kalau kita solat di surau lagi banyak fadhilatnya berbanding solat sendiri dan lebih terjaga dari segi kebersihan dan ukhwah. Sebab adakalanya kita ni bila dipaksa baru berkesan kan, berbanding tak dipaksa. Kadang kadang peraturan tu perlu untuk membuatkan kita lebih matang dan fikiran jauh. 



Sebenarnya entri ini ditulis selepas terpandang seorang budak ini. Budak ini aq dah lama perasan, yelah sebab budak cantik kan, last aq tengok dia masih dengan tudung selempang dan berstyle la. Dan tiba tiba tadi terserempak, Nampak lain sebab bertudung labuh dan berbaju sopan. Memang cantik mungkin hasil didikan usrah. Kat UTM ni walaupun kurang kursus pengajian agama, tapi banyak kumpulan usrah yang dilolai oleh pelajar pelajar postgraduate. Kebanyakan yang join memang pelajar first year dan terbukti hasil usrah tu berhasil dan istiqamah insyAllah.

lets be a better person

No comments: