Tuesday, November 11, 2014

Roti Boy Coffee

Assalamualaikum


sebenarnya kalau ikut perancangan, aq dan kakak aq cuma nak buat Pizza saja.. tapi entah kenapa tiba tiba akak aq nak buat Roti Boy.. layan sajalah sebab dah lama tak makan Roti Boy.. bahan bahan doh sama saja dengan pizza cuma berbeza dari segi topping dan filling saja.. kami buat Roti Boy berperisa coffee.. semasa proses menguli doh , pastikan tangan disapu tepung gandum untuk megelakkan doh melekat di tangan..




Bahan bahan Doh:

1 sudu kecil garam, 350g tepung gandum, 100g mentega. 1/2 paket yeast (yang dah direndam dengan 1/2 cawan air suam + 1 sudu kecil gula), 


Bahan bahan Filling:

100g mentega, 35g gula perang, 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan bahan Topping:

100g mentega, 80g gula aising, 2 biji telur, 2 sudu kecil nescafe(dilarutkan dengan 1 sudu kecil air masak), 100g tepung gandum 





1) rendam yeast dengan 1/2 cawan air suam + 1 sudu kecil gula selama 15 min sehingga berbuih banyak

2) untuk filling gaulkan 100g mentega + 35g gula perang + 1 sudu kecil esen vanilla

3) untuk topping gaulkan 100g mentega + 80g gula aising + 2 biji telur + 2 sudu kecil nescafe(dilarutkan dengan 1 sudu kecil air masak) + 100g tepung gandum

4) untuk doh masukkan 350g tepung gandum + 1 sudu kecil garam + 100g marjerin. gauh sehingga acuan menjadi seperti serbuk roti

5) dah sebati, lubangkan acuan ditengah dan masukkan yeast di tengah doh

6) uli sehingga doh tidak melekat ditangan.. kalau rasa telebih air, boleh masukkan tepung lagi.. kemudian perapkan doh dan tutup doh dengan kain lembap supaya doh lebih cepat kembang 2x dari bentuk asal selama 15 min

7) selepas 15 min, doh akan lebih kembang sebegini daripada sebelumnya

8) dah kembang, bahagikan doh kepada beberapa bentuk kecil..

9) leperkan doh yang dibahagikan tadi untuk proses filling seterusnya.





A) untuk filling, masukkan 2 sudu besar filling

B) balut doh seperti membuat dumpling untuk mengelakkan filling terkeluar

C) dah filling, bulatkan balik doh tadi dengan berhati hati

D) dah siap filling, biarkan doh seketika supaya doh lebih kembang selama 10 minit.. pastkan dulang doh disapu dengan marjerin untuk mengelakkan roti lekat di dulang semasa pembakaran

E) letakkan acuan topping dalam bekas plastik dan bocorkan di hujung plastik untuk proses topping seterusnya

F) picitkan topping diatas roti secara bulatan

G) dah topping, masukkan roti dalam oven dan bakar pada suhu 180 C, selama 18 min api atas bawah

H) dah siap, topping akan cair apabila dibakar








Roti Boy kami ni macam berwarna hitam sedikit sebab perisa coffee kan,, memang sedap dimakan ketika panas dan rumah pon semerbak bau Papa Roti.. utntuk 350g tepung gandum ni, dapatlah sebanyak 7 ketul papa roti..
ok thanks for read selamat mencuba

3 comments:

Maria Firdz said...

Ok... Sy boormark resepi ni.. Nk cuba nnt...

Yana Libra said...

wahh..pandainye buat..hehe..byk resepi sedap2 kat sini ye :)

cheekychubbycutegirl said...

awat la ayu ni pndai sgt buat kuih2..ifnir slalu tgk blog ayu sb ade resepi mudah..tapi xberani buat sorg2 :(