Thursday, May 29, 2014

Study Week : JPO


Assalamualaikum

Kalau korang nak cari souvenir untuk dibawa balik untuk saudara mara better pergi Ayer Hitam. perjalanan dari skudai ke Ayer Hitam mengambil masa hampir 1 jam saja.. berbaloi la daripada beli souvenir yang mahal mahal dekat JB tu. Ayer Hitam ni banyak menjual kraftangan antaranya pasu tembikar, makanan, anak patung, baju dan banyak lagi.. yang paling menjadi tumpuan kami mestilah anak patung dan kerepek kerepek.. kerepek sangat pelbagai sampai ada yang tak pernah tengok.. kebanyakan yang dijual 3 bungkus RM10.. ada kerepek perisa coklat, strawbery dan pandan..


Dekat sana memang banyak kedai jual anak patung, tapi korang kena bijak memilih.. better pergi kedai Cherry Land sebab semua barang dijual Buy 1 Free 1.. so boleh borong bermacam macam kraftangan dengan banyak dan berpatutan. Kedai Cherry land terletak di hujung sedikit berbanding kedai kedai yang lain.. t shirt air hitam atau johor boleh juga didapati disini dengan harga 1 helai = RM25, 2 helai = RM40, 6 helai = RM100.. kalau beli banyak banyak sangatlah untong. Lepas ke Ayer Hitam, kami singgah pula ke Johor Premium Outlet.. dan solat serta lunch disana..






JPO barang branded taklah mahal sangat, lebih kurang macam kau beli dekat Mall. Bergantung pada musim juga haritu aku pergi time Chinese New Year, memang murah sangat tapi ramai sangat orang terutamanya Singaporean.




Dekat JPO memang banyak disediakan bangku untuk pengunjung, tapi setiap bangku  mesti tak pernah tak ada orang. Maklumlah penat shopping memang rasa nak duduk kan. 




JPO ni dua tingkat, memang tak larat nak masuk semua kedai sebab kesuntukan masa. so kalau nak pergi better pergi awal sebab dapat tengok semua kedai dan bandingkan harga..




Lepas ke JPO, malam tu kami solat di masjid Sultan Abu Bakar dan singgah pula ke Bazar Karat.. Bazar Karat sangat besar dan hampir tersesat kami cari jalan pulang.. Bazar Karat dibuka setiap hari Ahad-Khamis 6 petang-12 malam, Jumaat-Sabtu 7.30-12 malam.. 


Dinamakan Bazar Karat sebab bazar ni terdiri daripada Pasar Malam, Bazar Orkid, Bazar Lambak, Luton Van, Car Boot Sale, Pasar Tani, serta pelbagai aktiviti dan Persembahan Kebudayaan. Lepas habis berjimba di bazar karat, kami makan di N24 UTM, punyalah nak save budget.. selesailah perjalanan cuti cuti sepanjang study week.. kami exam start 31 May ni... gud lak exam to all of u..

Dekat bawah entri sebelum ini:

LEGOLAND
PUTERI HARBOUR
COUNTRY GARDEN

ok thanks for read

5 comments:

ain samadi said...

Tq atas perkongsian tentang Ayer Hitam, semoga succes jawab exam

Mime MF said...

wah belum pernah smp lg...pergi johor pun kejap2 je belum sempat melawat tnpt2 best.:P

Nizam Abu Jalil said...

Wow, bestnya study weeek pegi bercuti :)

lynndamya said...

Salam, haha best kan jalan2 kat Johor :D..Ayer Hitam mmg ala2 famous utk beli souvernir, tp sy yg duk johor ni jarang ke sana, sbb xtau nak beli ape..haha...and Bazar Karat pulak mmg sgt3 best! kalau mlm minggu xwat pape, mmg lah ke situ je cuci mata, haha...selamat ber-exam :D

Anonymous said...

Great post. I was checking constantly this weblog and
I'm inspired! Very helpful info specifically the remaining section :) I take care of such information a lot.

I used to be looking for this particular info for a very lengthy time.
Thank you and good luck.

Feel free to visit my blog post - consommation energie