Monday, July 28, 2014

Beef Lasagne


Assalamualaikum


Malam Raya ni macam biasa memang akan tidur lambat masak Nasi Arab juadah utama pagi Syawal. So berkesempatan nak update blog sekejap. Sebelum tu nak ucap kepada anda semua


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN 
SYOKNYA RAYA!!!





Kadang kadang tekak ni kalau dah selalu makan benda yang sama muak juga kan. so semalam kami berbuka puasa dengan Lasagna Daging. Memang sedap dan berkrim dengan keju yang leleh walaupun agak garing sedikit tapi tetap sedap. Untuk lasagna ni, kami guna kepingan lasagna instant no pre cooking. Terus guna untuk bakar.




Bahan bahan


Garam, Daging Kisar, Lada hitam, Keju keping, Keju Parut, Cendawan, Tomato Puri, Sos Spagheti, Bawang Merah dan Putih, Air susu, Batang Seleri, Tepung gandum




Cara caranya


1, 2, 3, 4) Untuk inti sos daging panaskan minyak, tumiskan bawang, masukkan cendawan. Dah garing, masukkan daging cincang beserta lada sulah. Dah sebati daging, masukkan tomato puri. Masukkan pula sos spagheti. Masukkan garam dan Gaul sehingga daging masak dan pekat.

5, 6) Untuk inti sos putih, Panaskan minyak tumis 2 sudu besar tepung gandum, Dah pekat masukkan segelas air susu, cheese, garam, lada sulah. Masak sehingga kuah agak pekat. 




Cara Penyediaan:


1, 2, 3,4) Greasekan loyang dengan planta. Lapislan kepingan lasagna memenuhi loyang. Letakkan sos daging, taburkan cheese, letakkan sos putih, kemudian lapis lagi dengan kepingan lasagna. Buat berlapis lapis sampai habis.

5, 6) Untuk permukaan atas sekali, lapiskan dengan cheesedale dan mozarella cheese beserta lada hitam. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit api atas bawah (bergantung kepada oven masing masing)


SIAP!!!








Lasagna ni memang sedap dimakan panas panas. Kalau dah sejuk, better makan bersama sos untuk elakkan rasa muak. Kuantiti bahan terpulang kepada anda nak banyak mana sebab kami suka campak campak saja janji sedap.

ok Salam lebaran ya. 

1 comment:

Anonymous said...

Hey just wanted to give you a quick heads up and let you know a few of the
pictures aren't loading correctly. I'm not sure why but I think its a
linking issue. I've tried it in two different internet browsers and both show the same results.


Here is my web page; live jasmine ()