Wednesday, July 23, 2014

Green Peas Cookies


Assalamualaikum


Salah satu biskut yang menjadi kesukaan mak ayah semasa Raya ialah Biskut Kacang Mazola. Dulu memang wajib buat biskut ni kalau mak rajin. Tapi sekarang anak anak dah besar so kakak pon decide nak buat Biskut Kacang Mazola tapi versi lain sikit. So jadilah buat Biskut Kacang Hijau. Bahan dan Caranya sama saja dengan Biskut Kacang Mazola.




Bahan bahannya:


250g Kacang Peas
250g Tepung Gandum
100g Gula Aising
1 paket / 50g santan serbuk
Minyak Mazola / Daisy
Kuning Telur 
Susu Pekat



Cara caranya:


1) Kisar kacang peas sehingga hancur. Masukkan semua bahan kecuali minyak

2) Gaul kesemua bahan sehingga sebati

3) Masukkan minyak sedikit demi sedikit sampai adunan boleh dibentuk

4) Untuk topping, campurkan 1 sudu kecil susu pekat bersama kuning telur untuk lebih berkilat

5) Bentukkan adunan dan sapu topping diatasnya

6) Bakar pada suhu 140 C selama 15-20 minit (bergantung pada oven masing masing)


SIAP !!!






Macam biasa sebelum bentukkan adunan, pastikan dulang disapu dengan marjerin dulu untuk mengelakkan biskut lekat. Sangat sedap rasa seperti Biskut Kelapa.

Selamat Mencuba dan Selamat Berpuasa