Sunday, October 19, 2014

MIDSEM BREAK: Batu Caves


Assalamualaikum


Sekarang dah cuti midsem so sebelum balik rumah jumaat lepas pergi KL kejap jalan jalan sekitar Selangor dan KL. Asal nak pergi ICT saja sebab tak pernah pergi dan teringin nak bergambar dan masuk dalam main permainan semua tu, tapi tempat lain pula yang pergi sebab kami lewat so ICT dah tutup.


So kawan ajak pergi Batu Caves sekarang ni nak tengok keadaan disana menjelang Deepavali nanti. Memang dah lama teringin nak naik tangga sana sebab nak tahu jauh ke rasa memanjat tangga ke puncak gua. Lagipon selama ni hanya mampu melihat dari jauh, tapi akhirnya dah dapat panjat sendiri, memang penat tapi tak jauh sangat pon.












Time kami pergi ni, ramai sangat pelancong datang bergambar. Sampai sampai dipuncak, ingatnya dah habis tangga, rupanya ada lagi tangga dalam gua. Cantik senibina dan tulisan hindu di sekitar gua ni. Yang paling best dapat tengok view KL dari atas gua. Monyet bersepah sepah di gua ni, nasib baik tak liar sangat even ayam pon ada dalam gua.








Dekat puncak gua tu pon ada dijual minuman dan makanan serta souvenir untuk dibawa pulang. 






No wonderlah ramai penganut Hindu sekitar asia menyambut Deepavali di Batu Caves sebab besar sangat kawasan ni dan meriah. Time perayaan nanti mesti lagi crowded. 

OK Thanks for read. Selamat malam

4 comments:

zarulfarhana said...

ayam pon ada dlm gua....

ezyra daniel said...

selalu lalu depan batu caves ni pon saya tak pernah pegi lagi..hehhehe..dapat tengok gambar-gambar awak pon dah kira ok la jugak ..btw sama la kita tgh cuti sem^^

Ayuni Rafilah said...

Dah cuba uttapam di sana? Sedap tau!

Syarina Fatin said...

pernah naik tangga uitm puncak alam yang terkenal dengan nama samaran tangga batu caves.. mungkin lepas ni boleh cuba tangga batu caves yang original pulak.. hehe