Friday, October 17, 2014

TRIP: Singapore Pt5


Assalamualaikum


Sebelum tu nak ucapkan selamat bercuti mid sem dan selamat menyambut Deepavali bagi seseiapa yang celebratenya. Akhirnya sampai ke part akhir Trip ke Singapore. Kami pergi sana dalam 20 lebih saja orang dalam satu bas, so sangat sikit dan tak sesuai kalau nak hire Travel guide. So ketua kami prefer kami guna pengangkutan awam saja.


Memang sangat letih jalan kaki sepanjang jalan naik MRT dan LRT tapi best sangat sebab rasa macam penduduk Singapore pula, lagipon dapat tengok gelagat masing masing dan budaya sana. Seriously crowded sangat naik pengangkutan awam sana kalah KL. Kalau KL, memang ada stesen bawah tanah, tapi Singapore ada bawah tanah,lepas tu ada lagi bawah tanah. Punyalah dalam...








letih dan best sangat

Letih gila sepanjang jalan kaki sebab kami shopping dekat Bugis Street masa baru sampai, so sangatlah berat tangan badan semua bawa barang barang sepanjang jalan. Peluh tak payah cakaplah. Orang pula ramai gila dan kalau tak alert memang senang sesat. Untuk tambang mrt/lrt ni kami peruntukkan sebanyak 5 SD.


Kat sana banyak tempat shopping murah murah antaranya Arab Street, Bugis Street, Chinatown dan lain lain. Tapi kami cuma berpeluang untuk pergi Bugis Street. Seriously sangat sangat murah kalah Malaysia. No wonderlah bazar sana memang advance sebab boleh guna Master Card dan ada mesin wang touch screen tu. Nasib tak jadi Singapore citizen, kalau tak gila shopping dibuatnya.







Satu lagi yang paling aku suka peniaga makanan dan minuman memang sangat pandai sebab makanan dan minuman dorang jual memang murah sebab mereka tahu pengunjung mesti dahaga dan lapar masa beli belah. So peniaga makanan minuman banyak jual pelbagai perisa jus buah cuma 1 SD saja segelas, memang tempting sangat.


Fridge magnet: 6/7 biji 10 SD
Beg biasa: 4 buah 10 SD
Keychain: 24/30 keping 10 SD 
Tshirt: 2/3/4 helai 10 SD
Coklat Singapore: 3/4 paket 10 SD


Dekat sana kalau nak harga lagi murah, kena survey semua kedai dulu tapi masalahnya nak survey pon susah sebab takut sesat sebab crowded sangat dan bugis street ni banyak pintu masuk. Tshirt pula kena tengok juga sebab ada yang kualiti kain kurang, dan ada yang bagus. Coklat Singapore cantik sebab bentuk Singa. Kalau pandai cari mungkin boleh jumpa keychain 6 keping 10 SD.


hasil membeli belah

Selepas shopping tulah, kami jalan jalan di Pulau Sentosa dengan angkut barang barangnya. Memang rasa macam tak cukup sehari nak jalan jalan sana. Paling best sebab dapat jupa kawan baru, Bella ramah dan baik sangat orangnya, dan yang paling penting dia ada monopod so sangat puas bergambar ramai ramai. ^-^








memasing eksited
Teringin sangat nak main dekat USS tapi ada hikmahlah kami tak main, sebab kalau kami main dekat USS, maybe kami tak dapat rasa pengalaman jalan jalan naik pengangkutan awan sekitar Singapore dan mungkin juga kami tak dapat nak beli souvenir banyak banyak kan. Dapat ambil gambar depan USS pon jadilah.

OK Thanks for Read. Have a nice mid sem break ya.

No comments: