Saturday, January 24, 2015

RECIPES: Bubur Kanji


Assalamualaikum


Benda yang paling senang nak masak adalah bubur kan. Sebenarnya dah lama nak belajar buat Bubur Kanji sebab tulah makanan yang sedap dan berasal dari utara since parents orang utara. So, semalam request nak belajar dengan kakak. Lagi sedap kalau letak pati ayam ke kiub ayam. So masaklah guna rice cooker.




Bahan A:

2 pot beras, garam, gula, 1/2 paket santan (sebelah kelapa), 1 liter air (tambah jika perlu), secukup rasa, 2 batang daun bawang,


Bahan B:

1 bawang besar, 5 ulas bawang putih, 2 batang serai, lobak masin, halia, (potong halus semua bahan)

2 sudu teh udang kering, 1 sudu teh halba, 2 sudu teh lada hitam,




Cara caranya:


1, 2, 3, 4, 5, 6)

Basuh beras dan rebus beras sampai kembang, jika air kurang boleh tambahkan. Masukkan semua bahan B. Masak biar beras kembang. Dah kembang boleh masukkan santan dan kacau sebati. Biarkan seketika sampai mendidih dan boleh masukkan daun bawang. Boleh perasakan dengan garam gula dan secukup rasa/ kiub ayam.


SIAP!!!






Kalau rasa bubur tu terlalu kurang air, boleh tambah sedikit air panas. Sangat sedap dimakan bersama sambal hitam, sambal ikan bilis, bawang goreng dan semua benda yang boleh memedaskan bubur kanji. Selamat Mencuba

OK Thanks for read. Selamat Bercuti Sem

7 comments:

nadiah hanum said...

Saya asal utara...mmg feveret laa bubur kanji ni...nak2 lagi time bulan puasa...syok giler!

TunSha Ayunie said...

Sangat sedap bubur kanji ni... lagi sedap kalau beras dia jadi sangat lembut dan hancur...

Nur Inani said...

sedapnya bubur nasi. lama dah tak makan. tapi tak pernah pun buat. kalau nak beli aje. heheh :D

Hannan Al-Qudsey said...

wahh awak sedap ni. takpenah try lagi.Thanks for sharing the recipe. esok bolehlah buat. Letak santan tuh yg ngancam tuh :') hihi

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

nurulshahirah mohdsalim said...

kalau tak letak santan bole ke?

acu yuhan said...

Memang kena letak santan, kalau x xsdp nti.. Xpun ltk susu cair ☺