Wednesday, January 21, 2015

RECIPES: Homemade Popcorn


Assalamualaikum


Sekarang dah nak masuk sem 8, sejak sem 6 lagi dah lama aku mencari bertih jagung untuk buat Popcorn sejak nampak kawan buat sendiri dekat bilik. Dari Johor sampai kuantan cari tak jumpa pon, so pendamkanlah hasrat nak cuba buat popcorn sendiri. Sampailah balik kelmarin, nampak mak beli bertih jagung. So trylah buat.




Bahan bahannya:

3 genggam bertih jagung, 2 sudu minyak masak, 2/4 marjerin/butter, 3 sudu gula pasir




Cara caranya:


1) Panaskan 2 sudu besar minyak masak bersama 1/4 mentega

2) Masukkan 3 genggam bertih jagung

3) Tutup periuk, sebab nanti akan bunyi tung tang tung tang bertih masak

4) Goyang goyang kan periuk supaya bertih masak sebati. Bila dah tak bunyi, boleh buka tudung

5) Untuk caramel, panaskan 1/4 mentega bersama 3 sudu besar gula pasir.

6) Larutkan sampai rata, kemudian tuang atas popcorn dan kacau sebati. Kemudian sejukkan


SIAP!!!






Peringatan jangan buka tudung periuk masa bertih tengah masak nanti alamak dihujani oleh salji popcorn. Lagi syok kalau guna periuk tudung kaca sebab boleh tengok bertih terlompat lompat dalam tu. Masa kacau gula pastikan api perlahan sebab nanti akan cepat hangit sebab aku dah kena tadi, so masaklah kali kedua.


Sangat sesuai untuk supper dan minum petang. Kalau nak lagi sedap boleh letak perisa coklat atau apa apa dalam caramel tu. Sangat puas hati buat sendiri sebab 3 genggam dapat satu balang besar, banyak lagi bertih yang masih belum guna lagi.

OK Thanks for read. Selamat Mencuba

4 comments:

Qaseh Vee said...

ni klu buat dgn anak buah , confirm mrk suka ...

lynndamya said...

Salam, wahh..lepas ni dah boleh buat bila2 je kalau terasa nak makan kan..hehe

ezyra daniel said...

wahhh ni favorite sye ni...selalu beli je ..hehe malas nak buat sndiri.

Syeeda said...

senang rupanya buat popcorn. kena try jugak ni..=)