Sunday, March 29, 2015

RECIPES : Cream Puff with Custard Filling


Assalamualaikum


Semalam kami try buat Cream Puff untuk supper. Memandangkan bahan bahannya tak complicated dan dah memang ada dirumah so ajaklah kakak buat sekali sebab kalau aku buat seorang memang lambat, nak kacau, nak stop kejap nak ambil gambar lagi, nak baca resepi lagi memang tak menang tangan. Mahu tak jadi resepi dan terus masuk tong sampah, haha. So resepi yang kami buat ni memang berpandukan resepi Cik Epal.




Bahan untuk Cream Puff (gambar atas):

125g butter
250ml air
150g tepung gandum *diayak*
secubit garam
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila 


Bahan untuk Sos Kastard 

2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 cawan susu (aku guna susu kambing)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar gula (ikut manis)




Cara buat Cream Puff:


1) Cairkan butter bersama air atas api sederhana. kacau sampai larut

2) Bila dah larut, masukkan tepung gandum yang diayak. Kacau laju sampai tepung tak melekat di periuk. Kacau sampai jadi doh.

3) Dah jadi doh, TUTUP API, ketepikan adunan dalam bekas lain (tapi kami still kacau dalam bekas yang sama cuma api tutup). Masukkan telur satu persatu. Kacau sampai sebati dan masukkan esen vanilla.

4) Masukkan garam, Kacau lagi sampai doh betul betul kembang dan tak melekat seperti gambar 4.

5) Dah kembang, masukkan doh dalam piping bag dan nozzle. Picit atas loyang yang disapu butter ikut kreativiti. Boleh juga guna sudu. Tapi disebabkan kami first time buat so buat bentuk "poo" saja. Pastikan jangan buat lubang bawah doh sebab nanti susah nak letak sos kastad sebab bawah berlubang.

6) Dah siap boleh panaskan oven dulu pada suhu 200 C selama 25 minit dan masukkan dalam oven. Bergantung oven masing masing, kalau dah agak perang, bolehlah tu keluarkan.




Cara buat Sos Kastard:


A) Sementara tunggu cream puff dalam oven, boleh terus buat sos kastard, Masukkan semua bahan sos kastard atas api sederhana.

B) Kacau kesemua bahan berterusan sampai agak pekat dan mendidih. Dah siap, masukkan dalam piping bag dan sejukkan dalam peti.

C) Cream puff dah siap dibakar. 

D) Cucuk cream puff untuk masukkan sos kastard dalamnya. Agak agak sampai dah terjuih sos tu okla. Kalau tak ada piping bag, boleh belah saja cream puff tapi jangan belah habis untuk sumbat sos kastard dalamnya


SIAP!!!






Bolehla taburkan sedikit gula aising atas cream puff disebabkan sos kastard kami kurang manis. Serius gebu dan lembut sangat Cream Puff ni dan sedap dimakan semasa panas. Even makan sarapan tadi pon masih lagi lembut dan gebu. Dinasihatkan jangan buat bentuk yang macam kami buat ni sebab berlubang bawahnya. So pastikan masa nak bentukkan cream puff tu, betul betul tak ada lubang.

OK Thanks for read. Selamat Mencuba

1 comment:

Si DauN CeRi said...

suka tengok org mem-baking2 ni. tapi diri sendiri rasa cam xde bakat nak buat kuih. even masak simple2 pon blom terer. hahahaha *tutup muka*

nice entry btw :)