Saturday, March 28, 2015

RECIPES : Sambal Hitam Pahang


Assalamualaikum


Selaku orang yang dah lama duduk Pahang, SAMBAL HITAM memang dah jadi kebiasaan untuk dimakan sebagai makanan sampingan. First time makan sambal hitam ni masa time sekolah menengah time bulan puasa, ada seorang member dari Rompin ni selalu bawa sampaikan time sahur makan sambal hitam dan nasi kosong pon dah sedap. Mak pun pernah buat itupon kalau ada belimbing lah, so gagahla bawak balik UTM sampaikan kawan kawan pon suka. Resepi yang mak buat ni dalam kuantiti yang banyak.



Bahan bahannya:


1kg Belimbing buluh, garam secukup rasa, 1 cawan cili api (kisar), 2 cawan ikan bilis (kisar kering), dan 1 cawan bawang besar (dipotong halus).



Cara Caranya:


1) Bersihkan belimbing, rebus dalam kuali TANPA AIR dan masukkan sedikit garam. Masak dalam api kecil/sederhana sehingga air belimbing keluar.

2) Selepas beberapa jam, belimbing akan kecut dan keluarkan air. Rebus lama sampai kering.

3) Dah agak kering, toskan dan kisar belimbing

4) Panaskan minyak, tumis bawang merah yang dipotong halus, dan masukkan ikan bilis yang dikisar kering dan cili api yang dikisar sehingga separuh masak. Kemudian last sekali masukkan belimbing yang dikisar tadi. Kacau sehingga masak dan sesuaikan rasa dengan garam dan gula.


SIAP!!!








Agak lama nak buat sambal hitam ni, haritu mak buat pon seharian juga sebab belimbing banyak kan. Makan dengan roti pon sedap. Ada sesetengah orang letak kicap untuk lebih hitam, terpulang masing masing. Yang bestnya sambal ni memang tahan lama. No wonderlah dekat luar jual agak mahal sebab belimbing buluh pon susah nak cari, masak pon kena lama. Suka sangat sambal ni sebab rasanya yang masam masam pedas.

OK Thanks for read.

No comments: