Saturday, September 26, 2015

RECIPES: Pulut Bakar Kacang Ketupat


Assalamualaikum


Raya Haji yang lepas sempatlah belajar dengan mak buat makanan tradisi kami iaitu Pulut Bakar Kacang Ketupat. Boleh katakan pulut bakar ini memang selalu mak buat terutamanya waktu Raya Aidilfitri atau Raya Korban. Kalau kami hidang juadah ni, mesti tak ramai yang pernah makan. Aku google tentang resepi ini ada yang lebih kurang sama tapi dipanggil dengan nama lain. Pulut ini macam kita buat ketupat palas cuma pulut ini dibakar.




Bahan Bahan

1kg beras pulut
300g / 2 cawan kacang ketupat
Garam secukup rasa
2 biji kelapa (santan)
Daun pisang secukupnya




Cara Cara:

1) Rendam dahulu kacang ketupat, kemudian rebus sehingga empuk. Ketepikan

2) Dalam periuk lain, masukkan santan, beras pulut, garam secukup rasa dan kacang ketupat tadi. Santan lebih kurang paras paras beras pulut. Gaul sebati.

3) Masak pulut seperti biasa. Masak sehingga kering. 

4) Kalau nak lagi cepat pulut masak, lebih baik tutup sekejap periuk dan tunggu sehingga pulut masak.

5) Ambil periuk bengkang / pemanggang ajaib dan alaskan dengan daun pisang. Pindahkan pulut yang dah masak tadi ke dalam pemanggang. Tutup dan biarkan bakar seketika, jangan lupa alih alihkan pemanggang supaya pulut dibakar sebati kedua dua belah bahagian.

6) Masak lebih kurang 20-30 minit dan siap dihidang. 


SIAP!!!






Sangat sedap dimakan panas panas dan biasanya kami akan masak sekali gulai kambing untuk dimakan bersama dengan pulut bakar, barulah ada 'gu'. Boleh juga dimakan bersama rendang, kari dan lain lain. Makan sepotong pulut ini pon dah rasa penuh perut sebab kacangnya yang banyak dan gebu. 

OK Thanks for Read =)

No comments: