Monday, September 28, 2015

Salam Aidil Adha


Assalamualaikum


Alhamdulillah kita masih berpeluang untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha tahun ini. Macam biasa selama kami menyambut raya haji ni, memang kami sekeluarga hanya sambut di rumah memandangkan ayah memang kerja time raya haji. Masak pon simple simple saja, cuma tahun ini masak lebih meriah sebab kakakkku sekeluarga beraya bersama kami. So nak recall balik juadah hari raya yang kami sempat masak. Alhamdulillah cukup untuk makan kami semua dan habis tanpa membazir. 




Makan pagi

Pulut kuning + Rendang
Pulut Bakar + Gulai kambing


Makan tengah hari

Nasi Beriyani 
Kek Red Velvet


Cuma kali ini special sikit sebab mak buat pulut kuning, serious dah lama sangat tak makan pulut kuning sebab setahu aku last makan pulut kuning pon time khatam Quran sekolah kafa dulu. haha. Kek Red Velvet pula dibuat oleh kakakku sebab akakku memang suka mencuba buat benda yang baru tapi yang ajibnya semua yang baru pertama kali dibuat mesti menjadi. Tak macam aku yang confirm akan masuk tong sampah dulu benda yang first time ni. Memang sedap sangat sebab menggunakan krim cheese. 


me and sister

Kami tiapkali raya memang tak pernah ambil gambar family, even ambil gambar sendiri pon tak, tak ada nya nak ootd bagai, kami filial bukan jenis suka ambil gambar dan upload kat fb/ig. Sempat ambil gambar selfie dengan kakak saja. Kalau nak tengok resepi pulut bakar dan kek red velvet, dah aku tulis disini dan disini.

OK Thanks for Read. Cuti sekolah dah habis