Tuesday, October 6, 2015

RECIPES : Marble Chiffon Cake


Assalamualaikum


Selepas dah cuba buat Basic Chiffon Cake, malamnya pula kakak aku tried buat Ciki Chiffon Cake, bahan bahannya lebih senang dan sikit daripada Pandan Chiffon Cake. Resepi ini ambil dari Cook Kafemaru, memang comel sangat semua resepi dalam videonya. Kenapa kami namakan Ciki Chiffon Cake?? Sebabnya warna bulu kucing kami Ciki lebih kurang sama dengan warna Marble Chiffon Cake kami buat. lol






Bahan A

1 egg yolk
10g (0.4oz) gula pasir
1 tbsp vegetable / olive oil 
1 tbsp water
25g (0.9oz) cake / self raising flour 


Bahan B

1 egg yolk
10g (0.4oz) gula pasir
1 tbsp vegetable / olive oil 
1 tbsp water
25g (0.9oz) cake / self raising flour 
1 tsp cocoa powder


Bahan C

1 egg yolk
10g (0.4oz) gula pasir
1 tbsp vegetable / olive oil 
1 tbsp water
25g (0.9oz) cake / self raising flour 
1 tsp coffee powder + coffee flavour


Meringue

4 egg white
40g (1.4oz) gula pasir




Cara Cara

1) Bahagikan adunan kepada 3 bekas (Bahan A, B, C). Dalam setiap bekas, masukkan kuning telur dan gula. Kacau (tak perlu kembang, sebati saja dah cukup)

2) Untuk Bahan A, masukkan air beserta minyak dan kacau. Untuk Bahan B, masukkan air, minyak & cocoa powder dan kacau. Untuk Bahan C, masukkan air, minyak & coffee powder + coffee flavour dan kacau. Dah gaul sebati semua bahan dalam setiap bekas, masukkan tepung (yang telah diayak) gaul sebati ke dalam setiap bekas dan ketepikan dahulu.

3) Untuk meringue, pukul putih telur sehingga menjadi berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga betul betul kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.

4) Last sekali, masukkan meringue ke dalam ketiga tiga bekas sedikit demi sedikit menggunakan spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.

5) Tuang 3 adunan ke dalam periuk lubang berselang seli. periuk tak perlu dilenser

6) Setelah siap, hentakkan beberapa kali untuk memecahkan buih dalam acuan dan bakar selama 45-50 minit 175c. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk serta bolehlah di potong dan hidangkan.


SIAP!!!





Marble Chiffon Cake kami sangat renek sebab kami menggunakan periuk bengkang zaman dulu 10 inci, so nak lagi cantik guna periuk lubang 7/8 inci. Ternyata kek chiffon yang kami buat ini lagi lembut dan sedap berbanding kek chiffon pandan yang buat dulu. Boleh juga kreatifkan kek dengan buat warna pelangi atau warna lain, cara sama saja yang bebeza hanyalah pewarna / perisa.






Ciki :)
Ok Have a nice day :)