Saturday, October 3, 2015

RECIPES : Pandan Chiffon Cake


Assalamualaikum


Agaknya kalau sebut kek Chiffon mesti semua orang tahu kan, laa kek yang selalu jual di pasaraya atau kedai kek terutamanya kek chiffon pandan. Dulu zaman duduk asrama dulu, mesti kek ini antara salah satu yang mesti dibeli kalau keluar disebabkan teksturnya yang lembut dan murah. Serious kalau makan kek ini mesti rasa tak puas dan tak cukup sebab rasa macam kunyah angin. So semalam belajarlah buat Kek Chiffon Pandan dengan my sis dan Alhamdulillah menjadi. Resepi ambil dari Kak Azlita.


nampak tak rongga kek nya. =)



Bahan A

6 biji kuning telur
2/3 cawan Olive oil / mazola / vegetable
2/3 cawan santan pekat / air (kami guna thickened cream)
½ sudu kecil garam
1 cawan gula pasir
2 sudu besar air pandan (blended dari 2 helai daun pandan)
1 1/2 cawan tepung self raising flour / kek / gandum (diayak)
1 sudu kecil baking powder (diayak)


Bahan B

6 biji putih telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tar tar


***Boleh tambahkan pewarna hijau untuk lebih nampak hijau. Kalau guna tepung gandum, better letak 2 sudu kecil baking powder.





Cara Cara:

1) Untuk buat bahan A, masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. (tak perlu kembang, sebati saja dah cukup). Masukkan air pandan, minyak & thickened cream dan kacau lagi. 

2) Masukkan tepung (yang telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

3) Untuk buat bahan B, Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang. Masukkan cream of tar tar. 

4) Pukul lagi hingga betul betul kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.

5) Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik. 

6) Tuang adunan ke dalam periuk lubang / push pan tanpa di lenser. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c bergantung kepada oven. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.


SIAP!!!




Disebabkan kami guna push pan, sebab tu kek tak nampak cantik sangat tapi tetap boleh dimakan. Since kami guna thickened cream, so tekstur kek agak lembap dan tidak naik. Jadi better guna santan / air. Kami dah try kek chiffon kedua yang lain menggunakan air dan menjadi naik kembangnya.






Dah tahu resepinya, so lepas ni bolehla buat sendiri di rumah. Lebih cantik menggunakan periuk lubang. Sedap dimakan pada waktu petang bersama air teh panas.

OK Thanks for Read. Selamat Mencuba

8 comments:

ringantangan said...

Sedap lembut nampak kek itu.. :)

Zinnia Z A Shaklee said...

nanti nak cuba lah .^^

Ako Si AiN said...

Yupp yupp memang mcm kunyah angin bila mkn haha .

anak denesor said...

nmpk gebu je kek tuh..okei..blik nnti g cari brg try buat heheh

Khairul Hilmi Sidek said...

Senang jer rupenye nak buat

Radio Senyap - Senyap bukan bererti diam

Mrs. A said...

Mrs. A pun suka membaking.
Nanti nak cubalah hiks!

Radhia said...

Kalau thickened cream saya ganti dengan fresh milk atau condensed milk, boleh ke
Anyway, thanks singgah blog saya. Jemput follow blog saya di http://penselduabee.blogspot.my/

acu yuhan said...

boleh saja, janji dia bersusu.. nak gantikan guna air masak pon boleh..