Saturday, November 21, 2015

RECIPES : Asam Pedas


Assalamualaikum

Antara favourite makanan kegemaranku adalah Asam Pedas, tak kisahlah asam pedah kuah atau asam pedas tumis. Masakan ini antara masakan yang mak biasa masak dekat rumah nak nak kalau makan dengan nasi panas ditambah pula dengan kicap manis, memang urmph. Rasanya setiap orang ada versi sendiri asam pedas kan, so does me. Kami lebih prefer asam pedas masak dengan ikan kecil kecil seperti tamban, selar, kembung. Memang puas hati dapat makan ikan seorang 3 ekor. =)




Bahan Bahan

2 batang serai
2 sudu besar cabai kering kisar / pes cili
2 tangkai daun kesum
2 biji tomato
5 batang bendi
Sesuku belacan
Garam gula
1 cawan air
1 cawan perahan air asam jawa




Cara Cara

1) Panaskan minyak. Tumiskan pes cili hingga harum, garing dan terbit minyak

2) Dah agak garing, masukkan gula kacau sebati sehingga warna cili bertukar merah kehitaman.

3) Masukkan air dan air asam jawa dan masak hingga didih

4) Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan dan belacan.

5) Masukkan ikan. Renihkan sebentar hingga ikan masak. Jangan terlalu kacau dikhuatiri ikan hancur.

6) Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato. Masak sebentar hingga bendi dan tomato lecur dan sedia di hidangkan


SIAP!!!


tomato baru potong ;)





Kuantiti air bergantung pada jumlah ikan, kalau ikan banyak, letaklah banyak air sebab nak bagi ikan cepat masak. Kalau masak guna ikan tenggiri, ikan merah, ikan pari atau boleh gantikan dengan ayam lagi sedap.

Selamat bercuti sekolah semua adik adik :)

1 comment:

PeRdU cINta said...

Betul..PC pun kalau asam pedas..mesti nak kicap..hehe..ulam timun..peeerghhh.,berpeluh.