Friday, November 20, 2015

RECIPES : Kacang Pool


Assalamualaikum

Selama 3 tahun belajar di Johor, memang agak susah nak lupakan culture, tempat menarik, dan makanan di sana terutamanya. Johorlah antara tempat yang paling jauh pernah aku belajar lagi lagi belajar bab bab makanan yang tak pernah jumpa contohnya Nasi Ambeng, Nasi Ayam penyet dan yang paling famous sekali mestilah Kacang Pool. Dah lama sangat tak makan kacang pool sehinggalah hari tu kakakku cuba buat kacang pool. Memang menjadi dan sedap even dia sendiri pon tak pernah rasa dan jumpa kacang pool. Kacang Pool biasa orang jual dalam RM 4 -RM 5, agak mahal juga sebenarnya.






Bahan Bahan

1 tin kacang foul/pool 
1 tin kacang panggang (baked beans)
200g daging kisar
10 biji bawang merah (kisar)
4 biji bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 1/2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 cawan air (agak sedniri sebab kuah mudah pekat)
Garam dan gula
Minyak sapi/butter untuk menumis


Bahan Hiasan

Telur mata
Bawang besar (potong dadu)
Cili hijau dan merah (potong dadu)
Limau kasturi





Cara Cara

1) Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dikisar halus kedalam bekas dan campurkan sekali dengan serbuk kari

2) Toskan air tin kacang pool dan lenyekkannya

3) Panaskan minyak sapi dan tumis campuran no 1 sehingga berbau harum.

4) Kemudian masukkan daging kisar. Kacau rata sehinnga daging berubah warna. Masukkan air dan didihkan kuah.

5) Apabila kuah dah mendidih, masukkan kacang pool dan kacang panggang (beserta sosnya). 

6) Masak sehingga agak pekat. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Apabila menghidang hiaskan dengan bahan hiasan. Cicahkan bersama roti bakar.


SIAP!!!




Roti kami buat sendiri menggunakan breadmaker, resepi di sini. Roti potong tebal tebal, sapu dengan butter dan bakar. Kenyang sangat makan kacang pool, even makan satu keping roti pon dah rasa penuh perut. Kacang pool yang akak aku buat ni akak pekat so, korang boleh adjust kepekatan kuah tu sendiri. Sedap sangat bila makan dengan limau, dapat rasa masam manis lemaknya dan rempahnya. 






Haritu beli bahan bahan nak buat kacang pool ni dengan kakak, baru tahu rupanya memang ada kacang pool dalam tin. Ingatnya nama makanan tu saja kacang pool. Kacang pool to kacang parang dalam tin. Telur mata goreng siap siap dulu. Ada yang pecahkan telur atas kacang pool, so telur tu masak sendiri, tapi biasanya ramai yang tak jadi buat. So better goreng saja.

OK Selamat Mencuba. Thanks for Read

5 comments:

Shafique Stevenson said...

baru nk tnya kacang pool tu kacang apa..ok dh dapat jawapan. resepi baru yg menarik utk dicari kt kedai nih

Nurzakiah Hanum said...

sedapppppppppppp

- dieyana - said...

aduyai sedapnya, dh lama teringin, cuma keteringinan utk masak tu belum ada..hiihi... tq resepi ni...(berdoa agar mood rajin datang..;-))

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Salam kenal Ucuyuhan,

Kacang pool ni popular di JDT kan..
Akak tak pernah merasa lagi..
Elok ucuyuhan share resepi ini..
Boleh jugak akak cuba :)

Akak follow #4100 jemputlah ke blog kecik akak :)

Juls Julie80 said...

sedapnyer...aritu teringin nak makan..tak sangkat kat Putrajaya ada jual..klu x silap harganya RM5 ke RM6 untuk 1 set...teringin punye pasal... beli jer la...klu buat sendiri lagi puas makan kannn sis..heheh