Thursday, November 19, 2015

Tip Memilih Warna Lipstick Mengikut Tona Kulit


Assalamualaikum

Bagi aku, baik remaja ataupun wanita, sekurang kurangnya sebatang gincu adalah item yang wajib ada dalam beg tangan perempuan dimana ianya berfungsi meningkatkan keyakinan diri dalam berpenampilan. Tapi tak ramai orang yang pandai memilih warna lipstik mengikut warna kulit, ada juga yang pandai pilih tetapi tidak bersesuaian mengikut persekitaran. Kadang-kadang kita memang akan jadi keliru apabila ingin membeli warna lipstick yang bersesuaian dengan warna kulit muka. Ini kerana, bukan semua warna lipstick adalah sesuai dengan semua tona kulit. 

Pemilihan warna yang kurang bersesuaian boleh menyebabkan penampilan seseorang itu menjadi serba tak kena dan kurang menyerlah malah terdapat banyak koleksi lipstick yang bersesuaian dengan semua jenis warna kulit wanita. Antaranya adalah seperti di bawah:




1) Merah Menyala

Warna lipstick yang paling digemari oleh semua wanita dan sangat trendy sekarang ini. Ia bukan sahaja mampu menjadikan si pemakai tampak lebih menonjol, marah memberikan aura yang seksi. Walaupun warnanya garang, tapi senang digayakan kemana sahaja.

Skin Tone : Light Skin / Pink Undertones (Pink kemerahan) / Indian / Dark Skin 




2) Merah Ungu

Warna lipstick kedua yang akan menyerlahkan penampilan lebih anggun dan seksi adalah lipstick merah dengan base berwarna ungu. Ia memberikan tone yang sedikit gelap pada bibir dan boleh dipakai ketika apa jua acara. Ini akan membuatkan pemakainya kelihatan menawan.

Skin Tone : Dark Skin / Light Skin / Medium Skin (Sawo matang)




3) Oren

Bagi wanita yang mahu tampil lebih daring atau berani, pilih lipstick berwarna oren seperti berikut. Pemakaian warna terang seperti ini sememangnya bersesuaian untuk dipakai penggunaan harian. Tidak dinafikan warna oren lebih sesuai dengan wanita berkulit tan.

Skin Tone : Indian / Pink Undertones / Dark Skin / Medium Skin




4) Peach

Warna alternatif bagi oren adalah warna peach. Oleh itu, jika anda tidak mahu kelihatan terlalu daring, warna lipstick ini adalah pilihan yang ideal. Peach juga sangat sesuai dipakai untuk kelihatan lebih natural.

Skin Tone : Pink Undertones / Dark Skin / Light Skin




5) Pink Coral

Warna merah jambu antara warna yang terhangat selepas merah, tapi tak ramai orang yang berani memakai warna ini, malah lebih selesa untuk memilih Pink Coral sebagai alternatif merah jambu lain. Pemakai gincu ini akan tampil dengan imej yang sweet dengan pilihan warna lipstick lembut seperti pink coral.

 Skin Tone : Light Skin / Olive Skin (kuning langsat) / Asian (lebih kepada kulit Chinese)




6) Nude

Warna paling digemari oleh selebriti. Pemakaian gincu nude semakin menjadi-jadi. Mungkin warnanya akan menampakkan pemakai sedikit pucat, jadi untuk mengatasinya, solekan mata perlu sedikit menonjol untuk menyempurnakan keseluruhan gaya. Olesan gincu rona kulit ini sesuai untuk apa sahaja penggayaan tidak kira kasual ataupun formal.

Skin Tone : Indian / Middle Eastern (kulit timur tengah) / Medium Skin / Light Skin




7) Ungu Gelap

Bagi yang ingin kelihatan lebih matang dan menyerlah, penggunaan lipstik bewarna ungu gelap akan memberikan efek lebih menonjol, menarik dan memberi kesan eksotik kepada pemakai. 

Skin Tone : Dark Skin / Indian 


So, dah dapat dah gambaran warna lipstik yang bersesuaian dengan anda?? Sekarang pon aku masih dalam percubaan untuk memilih warna warna terang sebab dulu time bergelar student cuma menggunakan warna natural saja. Seriously, pemilihan warna gincu penting sebab warna ginculah yang akan memberi persepsi pertama pada orang yang kita jumpa untuk tampil lebih berkeyakinan dan segar, dan orang yang kita jumpa tu dari jauh pun akan lebih nampak konfiden untuk berhadapan dengan kita terutamanya semasa temuduga kerja yakni orang yang pertama kali kita baru jumpa.  

Boleh tekan link warna pink di atas untuk lebih banyak tips memilih warna lipstik.

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great sharing

Yana Libra said...

pink coral dengan oren nmpk sesuai utk org kulit gelap kan? uhu

Shila Azizi said...

nice sharing!

Sweetie said...

Saya suka warna oren... mungkin sesuai kot dengan kulit saya yang gelab ni...