Monday, December 14, 2015

Pengalaman Interview IV


Assalamualaikum

Bulan lepas aku ada apply untuk jawatan kosong di UiTM Jengka untuk jawatan Penolong Pendaftar, Pegawai Eksekutif, dan Penolong Pegawai Islam. Disebabkan jawatan hanya boleh dipohon satu jawatan untuk satu borang, so aku hantar 3 terus borang untuk 3 jawatan dan akhirnya 2 minggu lepas tu dapat mesej dari unknown number yang mengatakan bahawa aku dijemput untuk menghadiri temuduga jawatan Pegawai Eksekutif N27 (Penolong Pegawai Tadbir). Agak terkejut jugalah sebab dapat mesej time aku dah nak tidur dalam pukul 11 malam. 


So minggu depannya pergilah UiTM Jengka untuk sesi interview yang bermula pada pukul 7.45 pagi sehingga 6 petang. Pertama kali temuduga untuk jawatan kerajaan, so memang ramai sangat calon lain yang datang bersama family masing masing, dah rasa macam nak hantar anak masuk universiti pula rasa. Rupanya jawatan yang terlibat untuk temuduga banyak sangat boleh katakan 10 jawatan jugalah, lebih 100 jugalah calon. Pertama sekali macam biasa sesi pendaftaran dan lepas tu semua calon dikehendaki untuk berkumpul dalam dewan besar kuliah untuk sesi taklimat mengenai interview yang bakal dijalankan iaitu written dan oral interview.


Written Interview 

Kami diberi soalan objektif dan dikehendaki menjawab kesemua 50 soalan dalam masa 1 jam. Apa yang boleh aku simpulkan soalan memang susah bagi sesiapa yang tak suka membaca buku peraturan dan etika. Soalan pertama pun aku ingat lagi sampai sekarang iaitu mengenai pengertian Nilai menurut buku akta. Tawakkal saja time menjawab sebab nak tiru orang sebelah pon, orang sebelah pon dok jeling jeling answeer sheet aku. Orang sebelah pon tak tahu nak tiru macam mana. Soalan lebih kepada law, protokol, elemen komputer, dan lebih kepada hal kerajaan. Soalan memang akan dikutip selepas jawab. Senang cerita yang penting, rajinlah sibukkan diri untuk alert mengenai isu semasa atau peristiwa sekeliling kita.


Then, lepas berakhirnya written interview, kami diberi rehat 15 minit dan selepas tu dikehendaki tunggu sehingga nama dipanggil. Bersyukur sangat nasib baik jawatan aku pohon dipanggil dulu daripada 9 jawatan lain, so aku dapat balik awal dalam pukul 1 tengah hari. Tak sanggup wei nak tunggu beratus ratus calon lain. Untuk interview ni, memang kami diminta untuk bawa ic dan pen saja. Dokumen semua tak perlu sebab mereka dah simpan dokumen kita. 


Oral Interview 

Kami interview dalam group. Satu group ada 5 orang, dan pertama kali juga aku interview bersama orang lain. Soalan ditanya 3 sahaja iaitu :


1) Perkenalkan diri beserta pengalaman yang ada RINGKAS & PADAT. 

First candidiate mak oi speaking tapi lama sangat sampai aku pun rasa mengantuk. Second candidate pon lama sebab memang dah berpengalaman sangat, cara penyampaian pon sedap. Third candidate pon lama dan sangat berpengalaman. Turn aku pula aku just cakap seperti yang dia nak dan aku rasa aku cakaplah paling ringkas sekali sebab pengalaman tak banyak. 5th Candidate pon macam aku juga. 


2) Pengurusan yang bijak sangat penting dalam sesebuah organisasi. Berikan 4 elemen penting dalam pengurusan dan terangkan RINGKAS & PADAT. 

Aku tak tahu jawapan apa yang sebenarnya untuk soalan ini disebabkan kelima lima kami jawab dengan jawapan yang berbeza. So aku just jawab POLC iaitu Planning, Organizing, Leading and Controlling with some elaboration and example. Panel pon tak ada bagitahu jawapan sebenar. Redha saja jawab, nasib baik terlintas jawapan tu.


3) Bagaimanakah cara untuk menegur pegawai atasan yang lebih tua dan lebih berpengalaman dari kita jika mereka melanggar peraturan? 
(Ini bukan soalan untuk aku, tapi untuk group lain, so aku kongsikan jugalah)

Jawapannya aku tak pasti. Tapi menurut kawan aku yang pertama bagi warning. Kalau tak berkesan juga bawa pergi jumpa kaunselor. Then yang terakhir bawa pergi jumpa pegawai berkaitan untuk deduct gaji. Tak sure betul ke tak tapi dengar dengar diorang cakap macam tulah, boleh study lagi untuk jawapan lebih tepat.


4) I want all of you to choose A or B. A strict employer is good or not? A : good. B : not ?

Soalan ni nampak macam senang kan, tapi sangat mengelirukan. Yang nak tergelak sekali kelima lima kami semua cakap good. Dan jawapan yang sebenar ialah B, not good. Ya Allah time tu rasa macam dah tahu sebenarnya tak bagus tapi kenapalah mulut ni dok sebut bagus pulak. Biasalah perasaan dalam bilik tu memang bercampur baur. Kecewa pula sebab dah tolak mark dah kat situ.


Ok dah habis dah sesi interview. Interview sekejap saja tapi yang lamanya sebab berkumpulan kan, dalam sejam jugalah. Satu lagi tolonglah dengar arahan interviewer in term of RINGKAS dan PADAT sebab kemungkinan markah ditolak jika terlalu melebih lebih. Sebab memang dalam kumpulan, kita kena tonjol dan jual diri kita tapi dalam masa yang sama kita tetap dinilai secara individu dan banyak lagi calon lain yang kita compete with. So tolonglah bagi rasa ehsan sikit dekat calon lain. Panel tu pon dah banyak kali tekankan perkataan RINGKAS dan PADAT


Interview kerajaan ni dalam bahasa Melayu saja, boleh korang nak cakap English tapi make sure daripada mula sampai habis in English. Jangan nak Manglish sangat melainkan kalau diminta untuk bertutur dalam English. Aku tak tahulah keputusannya aku layak ke tak untuk final interview seterusnya. Ada lagi tahu penapisan interview, tapi sampai sekarang tak dapat panggilan so faham faham sendiri sajalah. At least Alhamdulillah aku ada pengalaman temuduga kerajaan.


Oh ya nak bagi tip sikit. Aku kan ada apply untuk jawatan Penolong Pendaftar, tapi tak dapat  sebab tu dia bagi Pegawai Eksekutif. Rupanya tak dapat disebabkan pointer tak sampai 3.5. So nak bagitahu lah, sebelum apply mana mana jawatan, sedar sikit pointer tu sebab aku pon baru tersedar diri. hehe. Hanya 2 jawatan kosong saja diperlukan untuk Pegawai Eksekutif untuk diguna pakai bagi cawangan baru UiTM di UiTM Raub, tapi calonnya sangat ramai kan. 


Jangan lupa positifkan diri setiap masa ☺☺☺

Bagi aku satu pengalaman yang indah dan membuatkan aku rasa lagi gigih nak apply kerja, sebab bila aku borak borak dengan orang sekeliling kebanyakan semua datang dari jauh. Perak, Johor dan lain lain, yang paling menyentuh hati aku ialah bila aku nampak ahli ahli keluarga diorang semua tunggu di luar dewan memberikan sokongan masing masing untuk mereka berjaya temuduga dan berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan. Rezeki masing masing kan. =)

OK Thanks for Read. Good Luck :) 

2 comments:

najwa zahid said...

Goodluck. InsyaAllah ada rezeki

Puan Kutu said...

betul tu dapat tak dapat tu lain kira yg penting pengalaman interviu tu kita dapat.takpe usaha lagi..bukan rezeki disini mana tahu rezeki dilain hari..yg penting kena usaha apply n pergi je interviu untuk tambah pengalaman