Thursday, June 9, 2016

RECIPES : Puding Roti


Assalamualaikum

Sepanjang bualn Ramadhan ini, rancangan yang paling aku minati ialah Resepi Memikat Suami yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.30 petang di Astro Ria. Memang menarik sangat dengan keletah Jihan yang sempoi, boleh katakan tak pernah ketinggalan lagilah daripada first season sampailah sekarang. Walaupun terlepas, mesti aku akan tengok ulangan balik. So masa hari Selasa lepas, aku tengok tetamu jemputan Jihan buat pencuci mulut Puding Roti. So semalam terus beli susu cair dan buat untuk berbuka since memang ada leftover roti. Tapi kami just buat Puding roti saja, kuah kastard tak buat pon sebab bukan sweet lover.




bahan bahan

Bahan Bahan

Roti
1 1/2 tin susu cair
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
kismis / cip coklat
2 sudu besar gula




Cara Cara

1) Potong roti kecil kecil dan susun atas loyang yang dah disapu dengan butter. Roti susun saja banyak mana as long as dapat cover loyang tu. Dah padat, taburkan kismis atas roti dan sedikit gula perang.

2) Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, esen, susu cair dan whisk sehingga sebati. 

3) Dah sebati, curah adunan tadi atas roti sehingga betul betul rata.

4) Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit.

SIAP!!!




Sebenarnya banyak cara nak buat puding roti ini. Sama ada masak adunan atas api atau kacau saja. Ataupun masuk roti sekali dalam adunan dulu atau asingkan roti dulu. Boleh juga kukus atau guna kaedah waterbath. Bagi aku sedap juga roti ini sebab rasa macam butterscotch pula dan sedap dimakan sejuk.


banyak pula kismis kan.


OK Thanks for Read. Selamat Menyambut Ramadhan :)

4 comments:

hello blog commentors..tnkz for ur opinion,compliment n such as like that..im appreciate that bcoz critics makes my job+myself perfect..