Wednesday, August 17, 2016

RECIPES : Churros with Chocolate Ganache


Assalamualaikum

Baru perasan, recent post aku kebanyakan semua pasal resepi kan sebab itulah aktiviti setiap hari. Akhirnya berpeluang nak cuba Churros, sangat mudah dan merupakan cara yang sama nak buat Cream Puff yang aku pernah buat tahun lepas dalam entri ini. Resepi ambil dari FB Says Seismik yang orang ramai share video mudah buat Churros.


Churros with Strawberry jem



Bahan Bahan

1 cup air
1 sudu besar gula
4 sudu besar mentega
1 cup tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur

1/2 cup Gula kastor + 2 sudu kecil serbuk kayu manis (kalau tak ada tak apa) - untuk tabur




Cara Cara

1) Cairkan butter, gula bersama air atas api sederhana. kacau sampai larut. Bila dah larut, masukkan tepung gandum yang diayak. Kacau laju sampai tepung tak melekat di periuk. Kacau sampai jadi doh. Dah jadi doh, TUTUP API, dan sejukkan sekejap. Perlu sejukkan doh sebab kalau doh panas nanti bila nak masukkan telur, takut telur tu masak pula. 

2) Masukkan telur satu persatu. Kacau sampai sebati dan masukkan esen vanilla. Kacau lagi sampai doh betul betul kembang dan tak melekat.

3) Dah kembang, masukkan doh dalam piping bag dengan star nozzle. Disebabkan piping bag dan nozzle tak jumpa cari, so aku guna acuan semperit. Jenuh jugalah nak tekan. Boleh juga guna beg plastik biasa contoh dalam video ini. Kalau guna piping bag boleh terus paip dalam minyak, tapi kes aku ni terpaksa letak atas tray yang disapu tepung dulu. Kalau letak dalam tray, pastikan korang masukkan churros dalam peti ais dulu supaya nanti senang nak pegang untuk goreng. At least taklah bentuk star dia hilang.

4) Panaskan minyak dan goreng churros. Kalau dah agak perang, bolehlah tu keluarkan gaul diatas gula kastor.


SIAP!!!






Sekarang cara buat Coklat Ganache, senang juga rupanya kakak aku buat.




Bahan Dipping sauce

100ml susu
150g coklat bar 


Cara Cara

Panaskan susu. Tutup api, kemudian masukkan coklat dan kacau sampai cair. Tak habis, boleh simpan dalam peti atau buat makan dengan roti, coklat ganache tetap akan cair dan tak beku. Lepas keluar dari peti, biar 10 minit kejap, then coklat akan cair.


kombinasi yang sangat sedap!!!

Since aku guna acuan semperit, churros pon agak pendek dan tak menjadi sangat bentuk star sebab letak dalam tray, so ada bahagian bawah tu dia leper. Tapi tetap boleh dimakan panas panas. Kalau ada Nutella agi sedap kan, tapi makan macam tu pon dah sedap.
Pen Off. Have a Nice Day =)

4 comments:

Sally Samsaiman said...

Churros ni kalau makan masa tgh panas mmg layaaannn! err...yang kat dalam piring kecik warna merah tu apa? jem stoberi?

Ezy Loy said...

dh lame nk try buat churros ni.. tp smpai skrg xbuat.. haha

cik hani said...

saya pernah buat. tapi bila sejuk keras tak sedap. nk try resepi ni pulak nanti

acu yuhan said...

Yup stobri jem,, ☺