Tuesday, August 16, 2016

RECIPES : Dangai Guna Sandwich Maker


Assalamualaikum

Lately ni aku rajin pula masuk dapur mungkin sebab dah duduk rumah so better manfaatkan masa yang ada dengan cara mengisi perut seisi keluarga, nanti bulan depan dah ada komitmen lain, laptop pon tak akan buka dah. Haritu aku ada kongsikan cara mudah buat bahulu guna sandwich maker di entri ini, so sekarang aku nak kongsikan satu lagi resepi iaitu Dangai menggunakan sandwich maker. Sandwich maker tak ada?? tak apa, masih boleh gunakan oven, pemanggang ajaib atau rice cooker. Resepi sangat mudah cuma menggunakan 3 bahan utama. Resepi ambil daripada blog CahayaHidupku.






Bahan Bahan (6 kapit dangai)

1 cup tepung pulut
3 cup kelapa parut muda
1/3 cup gula
sedikit garam




Cara Cara

1) Gaul kesemua bahan sehingga sebati dan pastikan kelapa tidak berketul. 

2) Dalam sandwich maker, ambil sedikit kelapa parut lain yang digaul bersama gula. Ratakan nipis sahaja sebelum letak adunan no 1 untuk mengelakkan tepung melekat. 

3) Kemudian masukkan adunan yang digaul tadi. Masak sehingga lampu padam atau nak garing, boleh biar lama sedikit. 

4) Bila dah siap, masa nak keluarkan just guna sudu dan terus kapitkan dangai berdua dua. Ulang cara yang sama sampai habis.


SIAP!!!







Sangat sedap dimakan panas panas. Dangai inipon mak yang suruh buat sebab favourite mak ayah lagipon semua bahan memang dah sedia ada di rumah. Aku pun tak sangka buat dangai senang saja tanpa menggunakan air pun. =)

OK Pen Off, Selamat Mencuba :)

4 comments:

YieN said...

Wahhh, sedap ni.. Kat sini dah payah nak cari :'(

norhidana miswan said...

sedapnya... penah mkn kuih nih jgk...

mmg layan kalau mkn pns2

At-Tarmizi said...

nampak sedap =)

Ahmad Hasif said...

ooo senang jer yer... boleh cuba nnti ni..