Wednesday, August 10, 2016

RECIPES : Low Calories Cookies


Assalamualaikum

Semalam belajar buat Banana Oatmeal Cookies dengan my sister since sekarang ni family kami dah amalkan cara hidup sihat, cewahhh. Sangat senang resepi ni hanya menggunakan 2 bahan utama saja iaitu Pisang dan Quaker Oat. Nak lagi sedap boleh tambahkan serbuk koko dan yang penting mengenyangkan. Sangat sesuai bagi orang yang tidak suka makan oat dengan susu seperti aku sebab rasa macam kembang tekak saja bila oat tu mengembang.






Bahan Bahan

1 cup oat
4 ripe banana (200g)
1 tbsp unsweetened cocoa powder




Cara Cara

1, 2, 3, 4)

Preheat oven to 180C. Lenyek pisang, nak lagi sedap better guna pisang yang betul betul masak, yang kulit hitam lebam tu sebab lebih manis lemak. 
Masukkan oat, serbuk koko dan gaul sebati. Bentukkan ikut saiz yang suka. 
Bake at 180C for 15 minutes or until edges turn lightly brown. Cool on wire rack.


SIAP!!!






Untuk 200g dapatlah 9 keping cookies saiz besar. Nak lagi manis boleh tambahkan honey. Disebabkan ini healthy cookies so teksturnya tak serangup cookies biasa sebab bahan utama adalah oat so rasa macam makan lempeng pisang. Kalau ada chia seeds pon lagi sedap.

OK Pen Off. Selamat Mencuba =)

3 comments:

norhidana miswan said...

bgs jgk nih... mudah nk buatnya... tq share

nuyui a.k.a miss YUI said...

sng nya buat.. sdp lak tgk.

nurulshahirah mohdsalim said...

share okey =)