Friday, August 12, 2016

RECIPES : Rabokki


Assalamualaikum

Memandangkan masih ada lagi rice cake berbaki masa buat Tteokbokki, so kali ini nak buat Rabokki, masih cara yang sama cuma tambah maggi dan lebihkan kuah saja. Sekali rasa macam makan maggi cuma ada Rice Cake saja. Nak lagi urmph boleh tambah cili api. Ramen tak ada, jadi guna Maggi perisa kari saja. 

Rabokki = Ramen + Tteokbokki






Bahan Bahan

5 keping Kelp
1 genggan ikan bilis
5 ulas bawang putih
1 batang leek/daun bawang/kucai
Air

4 batang rice cake (1 batang potong 4)
Fishcake & fishball (optional)
2 sudu besar Kochukaru
3 sudu besar Gochujang
2 biji telur rebus
1 paket Maggi kari
Garam & gula




Cara Cara

1, 2, 3, 4, 5, 6) 

Rebus kelp, ikan bilis, leek dan bawang putih sehingga mendidih. 

Dah mendidih, masukkan 3 cawan air rebusan tadi ke dalam pan. Masukkan kochukaru, gochujang, fishcake dan rice cake. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sehingga kuah mendidih dan rice cake betul betul lembut. 

Masukkan maggi beserta rempahnya, masukkan lebihan daun leek dan akhir sekali masukkan telur rebus. Boleh tambah air jika mahu kuah lebih.


SIAP!!!






Bahan bahan Tteokbokki iaitu rice cake, gochujang, kochukaru, dan kelp semua dibeli online daripada FaezAmerKoreaKitchenAda juga dijual di pasaraya tapi tak berapa nak yakin kehalalannya, so better buat sendiri atau beli online.

Pen Off. Have a Nice Day :)

6 comments:

Ahmad Hasif said...

nampak menyelerakan.. mesti sdp ni..

Nurzakiah Hanum said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sally Samsaiman said...

kalau rajin semuanya jadi..tapi sbb tak pakai ramen, kena makan cepat sikit laa..almaklum la maggi kan cepat kembang..ihiksss

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdpnya tgk..

Ahmad Zaki said...

Tak pernah makan macam ni. Nak try la nanti...

ZH Blogger

Yana Libra said...

macam sedap je tgkk