Sunday, October 2, 2016

Terrarium Arts


Assalamualaikum

Dah sebulan rupanya blog ini tak ada latest activity. So hari ini aku merajinkan diri nak qada' balik post yang tertunggak bulan lepas. 15 September lalu kami dikehendaki untuk mengadakan charity program under subjek Project Management, so kami perlu buka apa apa booth jualan untuk menyumbang kepada badan kebajikan. So kami plan nak buka booth yang lebih kepada Do It Yourself since sekarang memang trendy diy ni. Akhirnya kami bercadang nak jual Terrarium, mesti ramai yang tak berapa familiar dengan term tu kan even aku sendiri pon baru tahu terrarium tu apa. 


Facts about Terrarium

Langkah pertama untuk booth ini mestilah dengan memberitahu pelanggan mengenai apa itu terrarium. 

Terrarium adalah seperti mini kebun yang dijaga dalam bekas kecil/bekas terbuang. Biasanya tumbuhan yang digunakan adalah kaktus dan air plant. Sangat senang dijaga dan senang hidup. Kebiasaannya harga bagi satu bekas tu boleh mencapai puluhan ringgit bergantung kepada saiz bekas, jenis tumbuhan dan hiasan yang digunakan. Terrarium tak perlukan air yang kerap untuk hidup. Cukuplah spray dengan air 2 minggu sekali.




STEP 1

Pelanggan perlu memilih dahulu tumbuhan yang disukai. Harga bagi satu kaktus adalah RM3.60 manakala air plant pula lebih mahal iaitu RM13.20. 




STEP 2

Once dah pilih tumbuhan yang disukai, kena pilih pula bekas yang disukai. Biasanya pelanggan suka glass vase rather than porcelain. Harga bagi glass vase ialah RM13 manakala porcelain adalah RM4.20. Then, bermulalah proses untuk mengalihkan tumbuhan ke bekas lain. Untuk kaktus, agak rumit sedikit proses nak buang tanah sebab terrarium ini bila kita nak alih ke bekas lain, make sure tanah dari tumbuhan tu betul betul tak ada, tapi janganlah sampai buang akarnya. Kalau air plant tak ada masalah sangat.


STEP 3

Bila dah dapatkan bekas yang disukai, pelanggan bolehlah mulakan proses diy mengikut kreativiti masing masing. Kami sediakan berbagai pilihan warna/saiz pasir, batu dan moss. Moss ialah rumput yang macam lumut tu. Harga bagi setiap bekas pasir/batu adalah RM2 manakala moss pula RM3. Terrarium akan cantik bila kita pandai main warna pasir dan batu yang digunakan.


STEP 4

Then, untuk sentuhan terakhir mestilah ada hiasan yang akan menceriakan lagi terrarium anda. Kami sediakan hiasan berbentuk cendawan dan signboard, memang comel. Harga bagi satu hiasan adalah RM2.


Hasilnya di bawah. Inilah TERRARIUM. 


bekas ni memang hot selling dan mahal.

Alhamdullilah memang laku jualan Terrarium sebab kebiasaanya pelanggan yang beli semuanya staff dan dorang memang perlukan tumbuhan tumbuhan comel ini untuk diletakkan di atas meja masing-masing. Contohnya kalau stress boleh sembang dan tegnok terrarium ini kan. Paling mahal kami jual haritu bawah RM40 satu bekas, kalau dekat luar memang lagi mahal. Tapi tak kisah pun, lagipon charity, dapat pahala.




Booth kami haritu memang penuh dengan pelanggan yang bertanyakan apa itu terrarium dan hectic sangat. Terrarium ini memang dijual mahal sebab bahan penyediaan memang mahal. Kalau nak dapatkan bahan bahannya boleh beli di Daiso, kedai yang ala korea/jepun pon ada tapi tumbuhannya mestilah dibeli di tempat jual pokok. Aku pon tak tahu nak panggil apa kedai yang jual tumbuhan ini.




Lastly, our teammates.....




Maaflah gambar tak berapa nak clear disebabkan tak menang tangan nak buat semua even gambar terrarium yang dah siap diy pon tak sempat ambil semua. Bagi korang yang rancang nak buka booth, boleh try jual Terrarium mana tahu untung. :)

Thanks for Read. Have a Nice Day =)

1 comment:

luqman zakaria said...

menarik! baru arini saya tahu apa tu terrarium