Wednesday, February 1, 2017

Kampung Cina Terengganu


Assalamualaikum

Cuti tahun baru cina haritu pergi kenduri kawan universiti dulu. Jumaat malam naik bas, sampai terengganu pagi sabtunya. Since wedding hari Ahad, maka Sabtu tu kami jalan jalan dulu area Kampung Cina Kuala Terengganu. Cantik juga kawasan ini orang pun tak ramai sangat, nak bergambar pun tak payah nak tunggu turn.




Haruslah bergambar dengan haiwan simbolik teganu

Sini cantik

Street art sini lagi cantik dari laman seni shah alam

Beca and motor kapcai



Kawasan dekat sini dekat dekat saja, kena banyak berjalan dan cari lorong tersembunyi, sebab di setiap lorong lah banyak lukisan lukisan yang cantik, lukisan 3D pun ada. Dalam 4 ke 5 lorong juga ada kami jumpa. Sini pun bersih dan tak panas sangat cuaca, so tak adalah pejam mata kalau bergambar.


Fiza dan Aishah

Ini pun ada



Dah puas berjalan area China town, kat depan tu kami pergi bergambar di depan landmark I LUV KT. Kenapa dekat Kuantan, my hometown tak ada landmark ni haha. Kawasan kampung cina ni memang strategik, dekat dengan Pasar Payang. Lepas bergambar kami mencari buah tangan pula untuk dibawa pulang.


Fall in love with KT 😍
Thanks for read. Pen Off ☺

No comments: