Thursday, June 8, 2017

Geng masak dan berbuka bersama


Assalamualaikum

Memandangkan bos kami dah nak resign, so dia cadangkan kami berbuka puasa kat rumah dia tapi dengan syarat setiap orang kena masak satu menu. Seminggu juga kami fikir nak masak apa, masakan apa yang balance dan healthy. Sehari sebelum hari kejadian kami beli groceries time lunch, simpan kat fridge dulu. Hari yang dinantikan nantikan pun tiba, tepat saja pukul 5 petang terus bergerak menuju ke rumahnya.


Siap tulis kat whiteboard nak masak apa tau

Dah lama tak makan basmathi ☺

So kami decided nak masak Udang Sampah, Kerabu Soton, Ikan Bakar serta air asam, Butterchicken dan Kek Batik.


Tak sedar pun bos amik gambar

Hidangan pertama yang kami masak dulu adalah Kek Batik since kek batik makan masa yang lama nak beku. Dapur ada dua so lepas tu masak Butterchicken dan kerabu mangga. Nasib baik ikan bakar guna oven so senang sikit. Sorang in charge masak, sorang in charge penyediaan barang nak masak. Memang crowded gila dapur dan ruang tamu demi melaksanakan kerja ni.


Memang rushing semua menjalankan kerja masing masing dalam masa 2 jam dan Alhamdulillah we did it. Air pula kami buat ice lemon tea, memang tak sangka kami berjaya masak ramai ramai.




Juadah berbuka semalam

Alhamdulillah makanan pun tak banyak sangat lebih elok elok cukup untuk kami 5 orang makan. Yang lebihnya kami bawa balik masing masing.
Pen off. Have a nice day ☺

2 comments:

norhidana miswan said...

seronoknya.... masak ramai2 gini mmg terasa kemeriahnnya,...

sporting betul bos tuh...

Amanda Suria said...

Bestnya masak ramai-ramai macam ni..yg mana satu boss?