Tuesday, June 6, 2017

Iftar@KL 2017 di Dataran Merdeka


Assalamualaikum


Sebelum bulan puasa, kami dua memang dah plan nak jumpa tapi mesti tak jumpa jumpa walaupun duduk sama Selangor. So alang alang dah masuk bulan puasa, so kami memang tekad nak jumpa alang alang nak buka puasa sekali. Nak dijadikan cerita kebetulan dekat Dataran Merdeka selalu akan ada program iftar sekali dengan tarawih,, so kami pon buka puasa di Dataran Merdeka. First time buka puasa dekat Dataran Merdeka, memang meriah dan best. Tak payah beli apa apa sebab makanan dan minuman provided. Iftar@KL ni memang akan diadakan setiap sabtu dan ahad setiap tahun menjelang Ramadhan. Kebetulan pula Sabtu 3 June lepas merupakan hari pertama Iftar@KL berjalan, memang crowded dan happening sangat bukan setakat muslin, non muslim pun turut sama merasai pengalaman berbuka puasa. 




Seawal 5.30 petang jalan dah tutup kat Dataran Merdeka dan tikar pula dah dihampar. Sebelum kami pergi Dataran Merdeka, kami solat Asar dulu di Masjid Jamek. Lepas solat asar, masjid jamek pun ada bekalkan Jemaah dengan juadah buka puasa iaitu bubur lambuk dan nasi lauk kari sebab terdapat juga Jemaah berbuka puasa di luar masjid jamek. Sebelum tu kami lepak lepak, sembang dan ambil gambar dulu.




juadah dan mula dihidangkan



Dekat Dataran Merdeka, kami dibekalkan dengan nasi lauk ayam, bubur lambuk, air tin dan kurma. Dalam pukul 6 lebih hadirin dah boleh mengambil tempat masing masing samada di bawah khemah atau di luar khemah. Port kami mestilah yang berhampiran dengan air sejuk dan air basuh tangan. Kami dah lepak awal cop tempat, tiba tiba dating pulang foreigner 5 orang duduk sebelah kami, memang awkward gila tapi ok saja sebab dorang pon jenis curious pasal Islam. Macam macam soalan Caucasians tanya tentang Ramadhan dan. Tanya pasal Ramadhan tahan lagi, tapi ada sorang tu tanya pula soalan pasal hijab dan Islam yang boleh buat kami speechless. Nasib baik aku tak sempat nak jawab sebab kawan dia dah panggil. Bagus dorang curious tapi dalam masa yang sama aku takut jika aku keluarkan pendapat yang salah dan sensitive. Memang tak tenang lah makan sebelah mat salleh ni, sebab sekali kita tegur, berpusu pusu dorang akan tanya. Haha




banyak sangat bubur lambuk lebih

air sejuk ada disediakan ditepi

Lepas buka puasa, hadirin dijemput untuk solat maghrib berjemaah dan tarawih bersama di Dataran Merdeka. Dah memang siap siap tikar dihampar, tapi since kami naik public transposrt dan tak boleh nak lama, kami Cuma sempat solat maghrib di Masjid Jamek dan terus balik. Apa pon satu usaha yang bagi aku bagus dijalankan pada bulan puasa ni disamping dengn sukarelawan sukarelawan yang turut turun padang. Dekat Kuantan pon aku tak pernah buka puasa ramai ramai tau, inilah first time buka puasa ramai ramai macam ni.


foodtruck pon ada dijual
Jom ramai ramai meriahkan event Iftar@KL di Dataran Merdeka :)

1 comment:

Nurzakiah Hanum said...

meriahnyaaaaaaaaaaaa