Monday, August 21, 2017

Cucur Viral Ikan Bilis


Assalamualaikum

Semalam petang dah masak nasi ingat nak makan nasi malam tu, tapi tibe tiba terasa nak cuba buat Cucur Viral yang hangat orang tengah share dekat FB dan IG. Cucur viral tu famous sebab cucurnya bulat bulat dan acuan menggunakan air panas. Tapi kebanyakan resepi cucur viral tu aku search semua manis menggunakan gula/susu pekat. So disebabkan aku tak berapa gemar cucur manis, so aku olah menjadi Cucur Viral Ikan Bilis tapi ikan bilis pula tak ada so nasib baik ada kiub pati ikan bilis, so guna itu sajalah. Resepi bahan asal guna sukatan cawan tapi cawan kecil tak ada di rumah sewa, so guna senduk pun jadilah. Kadang kadang aku masak nasi pon sukat guna senduk saja. Heee




Bahan Bahan

2 senduk tepung gandum
3 senduk air panas
1 sudu kecil garam
½ kiub pati ikan bilis




Cara Cara

1) Masukkan tepung, masukkan air panas, garam dan kiub pati ikan bilis. Gaul sebati menggunakan sudu sehingga menjadi doh. Jangan gaul guna tangan kalau tak melecur lah tangan kau. Biarkan seketika, dah agak suam suam kuku bolehlah gentel bulat bulat kecil. Tapi aku malas so aku gentel bulat bulat besar.

2) Time nak gentel tu, make sure tangan tu sapu tepung/minyak sikit sebab takut doh melekat dekat tangan. Panaskan minyak, dan boleh goreng sehingga keperangan.


SIAP!!!




Sebelum ni kalau aku buat cucur memang aku guna air suam sebab senang tepung nak sebati, tapi tak pernah pula buat cucur bulat bulat ni melainkan cucur pisang. Sedap juga cucur viral ikan bilis ini sebab rangup diluar lembut didalam. Makan macam tu pon sedap, tak payah nak cicah sos. Kelebihan guna air panas ini sebab tepung akan cepat masak dan lebih lembut. 




2 senduk tu dapatlah dalam 12 ketul cucur, aku ingat makan cucur ni tak kenyang tapi rupanya sampai ke malan kenyang. So nasi yang aku masak awal tadi terus makan pagi ini untuk breakfast.
Thanks for read. Pen Off J

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya
x dan nk cuba

this ni3za said...

Adeh...Sedap makan utk tea time..huhu